Home » SUKAN » Malaysia Tewas Kepada Vietnam

Malaysia Tewas Kepada Vietnam

Malaysia Tewas Kepada Vietnam 0-2 di Stadium Nasional My Dinh, malam tadi. Kekalahan pertama ini menyebabkan pasukan Harimau Malaya gagal meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Piala AFF Suzuki kumpulan A setelah memperoleh kemenangan dalam dua perlawanan sebelum ini.

Malaysia Tewas Kepada Vietnam
Malaysia Tewas Kepada Vietnam

Satu gol setiap babak daripada Nguyen Cong Phuong minit ke -11 dan Nguyen Anh Duc (60′) mencetak kekalahan pertama skuad bimbingan Tan Cheng Hoe selepas tiga perlawanan. Aksi Kumpulan A di Hanoi itu, Cheng Hoe melakukan empat pertukaran pemain yang memperlihatkan rentak agresif sepanjang 10 minit pertama dengan menguasai perlawanan.

Ketika Malaysia ghairah memburu gol awal, Cong Phuong mengamatkan sorakan penyokong tuan rumah apabila memanfaatkan situasi kelam kabut di depan gawang Malaysia untuk merembat deras menewaskan Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-11.

Mendahului 1-0, Vietnam mula mempamerkan aksi bertahan dengan bola banyak berada di kaki pemain pelawat di kawasan tengah padang. Menguasai perlawanan namun gagal mencipta gerakan memastikan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, Malaysia terus buntu mencipta gerakan walaupun melakukan beberapa pertukaran bagi memberikan tekanan kepada tuan rumah. Tuan rumah terus menggandakan kelebihan jaringan pada minit ke-60 selepas Anh Duc menewaskan Khairul Fahmi kali kedua.

Walaupun Malaysia cuba bangkit memburu gol, namun kekentalan benteng pertahanan Vietnam menafikan impian Harimau Malaya. Kekalahan ini meletakkan Malaysia di tangga ketiga diikuti kedua Vietnam dan Myanmar mengetuai Kumpulan A. -SINAR-

Check Also

Live Streaming Vietnam vs Malaysia AFF Suzuki Cup 2018 Final 2nd Leg

Live Streaming Vietnam vs Malaysia

Live Streaming Vietnam vs Malaysia AFF Suzuki Cup 2018 Final 2nd Leg. Debaran kian terasa …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *