Home » TIPS DAN PETUA » Manfaat Hubungan Seks

Manfaat Hubungan Seks

Untuk bacaan kepada pasangan yang halal sahaja. Admin kongsikan Tips atau petua yang agak penting bagi semua pasangan suami isteri. Anda jangan lepaskan peluang untuk membaca Manfaat Hubungan Seks dalam rumahtangga kepada pasangan suami isteri. Perkongsian ini di petik daripada majalah MASKULIN. Ada 6 Manfaat Melakukan Hubungan Seks.Lebih kerap hubungan seks dilakukan, lebih sihat anda akan jadi. Bermula dari membantu membakar kalori, sehinggalah membantu mengelak kanser, banyak betul manfaat yang diperolehi.

Manfaat Hubungan Seks
Manfaat Hubungan Seks

1. Jantung lebih sihat

Menurut kajian yang dijalankan di American Journal of Cardiology, lelaki yang melakukan seks dua kali seminggu mempunyai risiko penyakit kardiovaskular yang lebih rendah berbanding lelaki yang kurang melakukan hubungan seks. Kajian ini telah dibuktikan benar apabila ia melibatkan masalah fungsi ereksi.

2. Membakar kalori

Semakin lama anda ‘melalui’ sesi lovemaking, anda boleh membakar lebih banyak kalori bergantung kepada berat dan tinggi badan anda. Sebagai contoh, seorang lelaki yang mempunyai berat 190 paun mampu membakar sebanyak 413 kalori selama sejam apabila melakukan seks. Tetapi, memandangkan sesi bersetubuh secara sederhana mengambil masa kira-kira 20 minit, sebanyak 150 kalori terbakar. Walaupun begitu, kalori tetap menurun berbanding anda duduk bersahaja di atas sofa.

3. Ubat tidur semulajadi

Tidur sesudah melakukan seks merupakan tidur yang sangat selesa dan semulajadi tanpa sebarang paksaan. Ia merupakan terapi paling baik untuk menenangkan fikiran dan tubuh badan anda.

4. Seks merawat tekanan

Satu kajian telah dijalankan di University of the West of Scotland menunjukkan kegiatan seks sama seperti bersenam di mana ia membantu melepaskan rasa kerisauan, merendahkan hormon stres dan membantu lelaki yang berdepan tekanan kerja secara harian. Seramai 46 lelaki dan wanita dimasukkan ke dalam situasi yang tertekan di mana mereka perlu menyelesaikan satu masalah berkaitan matematik di hadapan orang berpengaruh. Peserta juga diminta untuk menyimpan satu buku harian kegiatan seks mereka selama dua minggu sebelum ujian. Peserta yang melakukan seks merupakan peserta kurang stres apabila tekanan darah mereka kembali kepada normal.

5. Membantu meningkatkan sistem imun

Lelaki yang melakukan seks dua kali seminggu mempunyai sistem imun yang kuat berbanding lelaki yang kurang melakukan seks. Semuanya tercatat di dalam buku Feeling Good is Good for You: How Pleasure Can Boost Your Immune System and Lengthen Your Life milik psikologis Carl J. Charnetski, PhD dan Francis X. Brennan Jr, PhD. Mereka melakukan kajian ini dengan mengambil sampel air liur dari peserta dan bertanyakan tentang kekerapan mereka melakukan seks. Analisis menunjukkan air liur lelaki yang melakukan seks secara kerap mempunyai 30% lebih antigen immunoglobulin A (IgA) berbanding lelaki yang tidak. IgA merupakan pelindung melawan demam, batuk dan selesema.

6. Mengatasi kanser

Semestinya kerap melakukan hubungan seksual membantu menurunkan risiko kanser prostat. Menurut kajian dari National Cancer Institute, data dari sekumpulan lelaki yang kerap melakukan seks sebulan kurang menerima sakit kanser berbanding mereka yang kurang melakuka seks selama sebulan. Mereka berpendapat ejakulasi mungkin membantu mengurangkan tekanan dan mengehadkan bahan berbahaya yang berpotensi penyebab kanser.

Selain manfaat di atas, teori hidup lebih lama dan lebih bahagia juga diperkatakan menerusi kajian yang dilakukan oleh British Medical Journal terhadap 1000 lelaki pertengahan umur. Jika anda tidak tahan dengan tekanan kerana hidup keseorangan, tunggu apa lagi? Perkahwinan adalah jalan penyelesaian untuk hubungan yang lebih sah dan bermanfaat!

Check Also

Petua Untuk Kuatkan Tenaga Batin Lelaki

Petua Untuk Kuatkan Tenaga Batin Lelaki

Petua Untuk Kuatkan Tenaga Batin Lelaki. Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta merta …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *