Home » BERITA » Masuk Zoo Negara Percuma Hadiah Hari Lahir

Masuk Zoo Negara Percuma Hadiah Hari Lahir

Masuk Zoo Negara Percuma Hadiah Hari Lahir bagi warganegara Malaysia yang menyambutnya sepanjang bulan Disember. Sebelum ini telah tular di laman-laman media sosial satu memo yang menunjukkan arahan pihak atasan Zoo Negara kepada pekerja mereka untuk memberikan tiket masuk percuma kepada warganegara Malaysia yang lahir bermula 1 Disember hingga 31 Disember.

Masuk Zoo Negara Percuma Hadiah Hari Lahir
Masuk Zoo Negara Percuma Hadiah Hari Lahir

Tiket percuma ini termasuk ke Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) kepada pengunjung yang terlibat. Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata, tiket kemasukan percuma itu adalah sebahagian daripada promosi selain menggalakkan lebih ramai pengunjung untuk datang ke Zoo Negara semasa cuti persekolahan.

“Jika mereka lahir pada 1 Disember, maka mereka akan diberi tiket percuma sepanjang hari berkenaan termasuk ke GPCC. “Pengunjung yang layak sahaja perlu menunjukkan kad pengenalan mereka di kaunter tiket untuk mendapatkan tiket percuma itu,” kata Rosly.

Rosly berkata demikian bagi mengesahkan kenyataan tular di media sosial, baru-baru ini mengenai tiket percuma.Bagi pengunjung yang lain, harga tiket dewasa bagi warganegara Malaysia adalah RM44 seorang dan RM16 bagi kanak-kanak berusia 2 hingga 12 tahun sementara warga emas berumur 60 dan ke atas dikenakan bayaran RM21. -Awani-

Check Also

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berita ini sememangnya mengundang kemarahan terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *