Mayat Lelaki Terjun Jambatan P.Pinang Ditemui

Setelah lebih kurang dua hari operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki Mohd Shukri Saad yang dikatakan terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang untuk membunuh diri. Lebih kurang jam 8.30 pagi tadi Mayat Lelaki Terjun Jambatan P.Pinang Ditemui telah dijumpai oleh pasukan penyelamat. Jom ikuti laporan dari pihak Metro Online untuk berita penuh.

Nibong Tebal: Mayat Mohd Shukri Saad,38, yang terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, ditemui nelayan empat kilometer dari lokasi kejadian jam 9 pagi tadi.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abd Samad berkata, mayat Mohd Shukri ditemui pada tiang P88 jambatan berkenaan.

Mayat Lelaki Terjun Jambatan P.Pinang Ditemui
Mayat Lelaki Terjun Jambatan P.Pinang Ditemui

Beliau berkata, mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang. Menurutnya, mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. Jika ada yang terlepas dengan kes ini mari kita baca berita sebelum ini. Berita adalah seperti di bawah.

Mayat Lelaki Terjun Jambatan P.Pinang Ditemui

GEORGETOWN, 26 Okt:
Pihak bomba masih lagi dalam usaha untuk mengesan seorang peniaga yang dikatakan terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, disini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Mohd Sukri Saad, 38, sempat meninggalkan catatan di laman sosial Facebook miliknya, antara lain mendakwa bakal dipenjara kerana kesalahan menjual rokok seludup.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Penguasa Bomba Kanan II Isharuddin Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.40 pagi sebelum 12 anggota dari Balai Sungai Bakap bersama Unit Marin bergegas ke lokasi kejadian. “Kita menemui motosikal yang ditinggalkan mangsa di Kilometer (KM) 11.3 jambatan menghala ke Batu Maung.

“Usaha mengesan mangsa di kawasan perairan berdekatan jambatan masih dilakukan bersama anggota Pasukan Polis Marin,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Apa-apa pun yang terjadi membabitkan arwah hanya arwah sahaja yang tahu. Apa yang penting bagi kita yang masih hidup ini, mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Semoga dipermudahkan segala bagi keluarga arwah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *