Home » Uncategorized » MH370, Kapal Peronda China Temui Objek Putih Di Lautan Hindi

MH370, Kapal Peronda China Temui Objek Putih Di Lautan Hindi

KUALA LUMPUR/PERTH: Sebuah kapal peronda China yang mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 mengesan isyarat nadi di selatan Lautan Hindi pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua, yang melihat kemungkinan petunjuk ia adalah peranti beacon dari “kotak hitam” pesawat itu di dalam air.

Xinhua turut melaporkan bahawa sebuah pesawat tentera udara China melihat beberapa objek putih terapung di kawasan carian itu.

Menurut laporan AFP, objek itu dilihat di permukaan air, kira-kira “90 kilometer dari kawasan pengesanan”.

Pihak berkuasa Australia yang melakukan pencarian itu berkata, isyarat seperti itu mungkin “selaras” dengan kotak hitam, tetapi kedua-dua mereka dan Xinhua menegaskan bahawa tiada bukti konklusif bagi mengaitkan isyarat “ping” dengan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal yang hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Satu pengesan kotak hitam digunakan oleh kapal Haixun 01 memperoleh isyarat “ping” dengan frekuensi 37.5kHz sesaat – sama seperti yang dipancarkan oleh perakam penerbangan, pada kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur, kata Xinhua.

Puluhan kapal dan pesawat dari 26 negara berusaha untuk mencari perakam kotak hitam sebelum ianya kehabisan tenaga bateri.

Sebanyak 10 pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 11 kapal melakukan pencarian di kawasan 217,000km persegi di perairan kira-kira 1,700 km barat laut Perth, Australia, di mana penyiasat mempercayai pesawat Boeing itu terjunam ke laut.

“Ciri-ciri yang dilaporkan (oleh kapal China) adalah konsisten dengan kotak hitam pesawat,” kata Ketua Laksamana Udara Angus Houston yang mengetuai agensi yang menyelaraskan operasi Australia, dalam satu kenyataan.

“Bagaimanapun, tiada pengesahan pada peringkat ini bahawa isyarat dan objek berkaitan dengan pesawat yang hilang,” kata beliau sambil menambah agensi itu telah memohon bagi mendapatkan maklumat lanjut daripada China. – REUTERS

SUMBER 

Check Also

Malaysia 2 Vietnam 2 AFF Suzuki Cup

Malaysia 2 Vietnam 2 AFF Suzuki Cup

Malaysia 2 Vietnam 2 AFF Suzuki Cup 2018. Berikut merupakan keputusan untuk perlawanan akhir pusingan …

One comment

  1. semoga allah permudahkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *