Home » Uncategorized » MH370, Perancis Temui 122 Objek Melalui Satelit di Lautan Hindi

MH370, Perancis Temui 122 Objek Melalui Satelit di Lautan Hindi

PETALING JAYA: Malaysia menerima dua imej satelit baharu yang menunjukkan 122 objek berkemungkinan berkaitan dengan pesawat MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) menerima dua imej daripada Agensi Pertahanan dan Angkasa Airbus yang berpangkalan di Perancis pada Selasa itu, di mana imej tersebut diambil pada 23 Mac.

“MRSA menganalisis imej-imej itu di satu kawasan lautan dengan perkiraan 400 kilometer persegi yang dapat mengesan 122 objek berpotensi (mungkin dikaitkan dengan MH370).
“Terdapat sebahagian objek yang cerah, berkemungkinan menunjukkan bahan yang keras.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

“Objek-objek itu terletak di satu kawasan kira-kira 2,557 kilometer dari Perth (Australia),” katanya pada sidang media harian mengenai MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, Rabu.
Beliau menambah, MRSA telah menghantar penemuan itu kepada Pusat Koordinasi Penyelamat (RCC) Australia di Perth pada Selasa.

“Kita perlu menekankan bahawa kita tidak dapat memastikan sama ada objek yang berpotensi itu adalah dari MH370.

“Bagaimanapun, ini merupakan petunjuk baharu yang akan membantu bagi mengarahkan operasi mencari,” kata Hishammuddin.

Beliau menambah, pada masa ini terdapat empat satelit yang berbeza dari China, Australia dan Perancis, yang menunjukkan objek berkemungkinan serpihan pesawat. 

“Ini akan membantu mengurangkan lagi kawasan pencarian dan mengesan lebih banyak serpihan pesawat,” katanya.

SUMBER

Check Also

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Berita baik untuk semua peminjam PTPTN atau nama penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Anda …

2 comments

  1. hairan sngt mcm mn blh lepas ke lautan sana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *