Mohon dan Kemaskini Online BR1M 2017

Admin kongsikan kepada semua pembaca satu info yang sangat penting iaitu cara Mohon dan Kemaskini Online BR1M 2017. Seperti apa yang telah dibentangkan dalam Baget 2017, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) untuk 2017 telah dinaikkan setinggi RM1200. Sesiapa yang layak menerima BRIM dan belum berdaftar,tarikh pendaftaran adalah pada 5 Disember 2016 hingga 31 Disember 2016.Untuk mendapat Borang Permohonan BRIM 2017 , sila klik link berikut : https://ebr1m.hasil.gov.my

Mohon dan Kemaskini Online BR1M 2017
Mohon dan Kemaskini Online BR1M 2017

Syarat Kelayakan Permohonan BRIM 2017

-Warganegara Malaysia yang berumur 21 Tahun dan ke atas.
-Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000 sebulan.
-Bagi kategori bujang, gaji mestilah tidak melebihi RM2,000 sebulan.
-Penerima Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M)adalah tidak layak menerima BRIM.

Kadar Bayaran BRIM 2017 Bantuan Rakyat 1 Malaysia

-Kategori Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih) :RM1200
-Kategori Isirumah Bawah RM3,000 :RM1200
-Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000 :RM900
-Kategori BRIM Individu Bujang :RM 450

Jadual Pembayaran BRIM 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih)
-Ansuran Pertama : RM400 pada Januari 2017
-Ansuran Kedua : RM400 pada Mei 2017
-Ansuran Ketiga : RM400 pada September 2017

Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000
-Ansuran Pertama : RM400 pada Januari 2017
-Ansuran Kedua : RM400 pada Mei 2017
-Ansuran Ketiga : RM400 pada September 2017

Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000
-Ansuran Pertama : RM300 pada Januari 2017
-Ansuran Kedua : RM300 pada Mei 2017
-Ansuran Ketiga : RM300 pada September 2017

Kategori BRIM Individu Bujang
-RM 450 pada Januari 2017

Kongsikan untuk rakan-rakan anda. Untuk cara permohonan step by step yang diterangkan secara bergambar anda semua boleh rujuk pautan CARA KEMASKINI BR1M ONLINE ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *