Home » Uncategorized » Nabil Rajalawak Dapat Kondo Percuma

Nabil Rajalawak Dapat Kondo Percuma


Rezeki datang bergolek. Mungkin itulah perkataan yang tepat buat pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, 29, apabila ‘dihadiahkan’ sebuah kondominium bernilai lebih sejuta ringgit.

Bukan di kawasan ‘jin bertendang’… tetapi di tengah-tengah ibu kota iaitu di antara Persiaran Gurney, Kuala Lumpur di mana ia merupakan kawasan hartanah yang berprestij tinggi.

Awalnya pelawak tersebut hanya sekadar mahu tahu maklumat kondo tersebut kerana niatnya ingin membeli unit rumah, tetapi lain pula jadinya. Kata Nabil, entah bagaimana pihak pemaju menyatakan kesanggupan mereka untuk memberikannya satu unit percuma jika dia bersetuju menjadi duta perumahan itu.

“Saya terkejut kerana pada asalnya saya sekadar melakukan ‘house hunting’ dan berminat dengan sebuah unit di kondominium Antara yang bernilai RM600,000 kerana harganya murah berbanding dengan perumahan lain yang agak mahal.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

   

“Selepas membuat perbincangan, tiba-tiba pihak pemaju (Faber Development Holdings Sdn. Bhd) berminat pula untuk menjadikan saya sebagai duta kondominium tersebut selama setahun dan menawarkan sebuah unit bernilai RM1.036 juta secara percuma pada 23 Oktober lalu,” kata Nabil pada media.

Sehubungan itu, kondominium yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2016 itu disifatkan oleh Nabil sebagai hadiah terbesar yang pernah diterimanya sejak bergelar selebriti.

“Mungkin ia rezeki anak saya, Naera Mikayla yang akan berumur setahun pada 25 November ini.

“Dan setakat ini saya telah membeli sebuah kondominium di Jalan Duta (Kuala Lumpur), dan rumah itu dihadiahkan kepada emak saya. Manakala sebuah lagi di Ara Damansara yang mana di situ saya tinggal bersama isteri (Nazirah Ayub),” ujar Nabil yang kini bergiat aktif dalam pelaburan hartanah. 

p/s : rezeki adalah kuasa dari yang Maha Esa

SUMBER : MY ARTIS.COM

Check Also

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Berita baik untuk semua peminjam PTPTN atau nama penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Anda …

One comment

  1. alhamdulillah murah rezeki dia 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *