Home » HIBURAN » Nana Juara Gegar Vaganza 2

Nana Juara Gegar Vaganza 2

Tahniah diucapkan kepada Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana kerana Nana Juara Gegar Vaganza 2 2015 yang telah berlangsung malam tadi di Auditorium MBSA Shah Alam, Selangor. Dengan membawakan lagu Putus Terpaksa dan pusingan battle dengan membawakan lagu Awak kat Mane. Seperti yang peminat Gegar Vaganza Musim ke 2 ini ketahui Nana adalah salah seorang prospek untuk merangkul kejuaaraan kali ini.

Ini kerana pada setiap minggu Nana menunjukkan kehebatannya membawakan lagu tugasan dengan baik dan hampir setiap minggu beliau berada ditangga pertama keputusan juri. Jadi tidak hairanlah jika Nana Juara Gegar Vaganza 2 untuk edisi kali ini. Saingan daripada 5 peserta lain juga tidak kurang hebatnya. Ezad, Nassier Wahab, Haiza, Acong dan Farahdhiya turut menampilkan persembahan bertenaga masing-masing.

Nana Juara Gegar Vaganza 2
Nana Juara Gegar Vaganza 2

Jom kita lihat keputusan penuh konsert akhir gegar vaganza 2 2015 di bawah ini. Nana bukan sahaja menjadi juara Gegar Vaganza 2 tetapi juga turut merangkul Persembahan Terbaik yang diundi oleh penonton melalui undian SMS. Jadi mari kita lihat senarai pemenang untuk Konsert Akhir Gegar Vaganza 2 2015.

Juara: Siti Nordiana (Wang Tunai RM100,000 + Trofi + Tiket Percutian Madrid + Album Single Baru)

Naib Juara: Faradhiya (Wang Tunai RM 50,000 + Trofi + Tiket Percutian Beijing)

Tempat Ketiga: Ezad Lazim (Wang Tunai RM30,000 + Trofi)

Tempat Ke Empat: Nassier Wahab (Wang Tunai RM15,000 + Trofi)

Tempat Kelima: Acong SweetChild (Wang Tunai RM10,000 + Trofi)

Tempat Ke Enam: Haiza (Wang Tunai RM5,000 + Trofi)

Persembahan Terbaik Pilihan Penonton: Siti Nordiana (Wang Tunai RM5,000)

Tahniah kepada semua terutama kepada Nana yang telah menjadi juara. Bak kata Nabil masa konsert malam tadi nanti Cristiano Ronaldo tunggu kat airport Madrid kepada sesiapa yang menang nombor satu. 😉

Check Also

Mak Zul Ariffin Meninggal Dunia

Mak Zul Ariffin Meninggal Dunia

Mak Zul Ariffin Meninggal Dunia akibat serangan jantung. Takziah diucapkan kepada pelakon sado Zul Ariffin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *