Home » SUKAN » Negeri Sembilan PKNP FC ke Liga Super 2018

Negeri Sembilan PKNP FC ke Liga Super 2018

Negeri Sembilan PKNP FC ke Liga Super 2018. Ibarat untung sabut timbul untung batu tenggelam itulah yang boleh dikatakan kepada dua pasukan liga perdana 2017 iaitu Negeri Sembilan dan PKNP FC apabila mendapat perkhabaran gembira. Kedua-dua pasukan ini telah diumumkan secara rasmi akan beraksi di Liga Super 2018 walaupun pada asalnya kedua-kedua pasukan ini tidak layak. Maknanya kedua-dua pasukan ini untung sabut lah kan.

Negeri Sembilan PKNP FC ke Liga Super 2018
Negeri Sembilan PKNP FC ke Liga Super 2018

Kekosongan yang ditinggalkan FELDA United dan T-Team menyaksikan dua pasukan itu mengisi dua slot terbabit sekali gus melengkapkan 12 pasukan Liga Super untuk musim 2018. Perkembangan itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam yang menjelaskan, dua pasukan terbabit adalah pasukan paling layak untuk mengisi dua kekosongan terbabit selepas FELDA United disingkirkan dari Liga Super, manakala T-Team memilih untuk beraksi di Liga Perdana.

“Kita sudah menghantar surat kepada dua pasukan ini dan menunggu maklum balas secara rasmi mengenai perkara ini. Bagaimanapun, kami sudah menerima maklum balas tidak rasmi mereka bersedia untuk ke Liga Super. “Jadi, saya melihat dua pasukan ini memiliki tempoh yang mencukupi untuk membuat persiapan bagi mengharungi saingan Liga Super musim hadapan,” katanya pada sidang media di pejabat FMLLP, hari ini.

Dalam masa sama, Kevin turut menegaskan perlawanan playoff’ bukanlah jalan terbaik untuk menentukan dua pasukan yang akan mengisi slot ke Liga Super itu. “Kita tidak boleh mengadakan playoff’ membabitkan dua pasukan tercorot Liga Super iaitu Sarawak dan Pulau Pinang untuk menentang PKNP FC dan Negeri Sembilan, kerana Sarawak tidak memiliki lesen Liga Super.

“Malah, Sarawak dan Pulau Pinang juga tidak berjaya memenuhi merit sukan, mereka gagal mendapatkan mata yang mencukupi untuk terlepas daripada penyingkiran. “Untuk itu, selepas kami mengambil kira merit sukan dan pelesenan kelab, kami memutuskan untuk memberi peluang kepada PKNP FC serta Negeri Sembilan itu beraksi di Liga Super,” katanya.

Berdasarkan rekod, Negeri Sembilan kembali mewarnai kancah utama bola sepak negara selepas tersingkir ke divisyen dua itu pada 2014, manakala PKNP FC bakal menyertai Liga Super buat kali pertama pada musim hadapan.-Metro-

Nota kaki : Punca tiada play off juga diterangkan di situ. jadi baca dan hadam

Check Also

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia. Nampak gayanya jodoh ketua jurulatih skuad Harimau Malaya tidak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *