Home » BERITA » Operasi Khas Nombor Plat Kenderaan ‘strobe light’ Oleh JPJ

Operasi Khas Nombor Plat Kenderaan ‘strobe light’ Oleh JPJ

Operasi Khas Nombor Plat Kenderaan 'strobe light' Oleh JPJ
Operasi Khas Nombor Plat Kenderaan ‘strobe light’ Oleh JPJ

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Operasi Khas Nombor Pendaftaran dan penggunaan ‘strobe light’ pada kenderaan di seluruh negara secara berperingkat mulai 1 Oktober depan.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata operasi pada peringkat pertama itu akan bermula selama sebulan sementara peringkat kedua akan bermula pada 1 November.

“Operasi itu akan melibatkan anggota penguatkuasa dari seluruh negara serta mendapat kerjasama polis,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi peringkat pertama JPJ akan mengeluarkan notis amaran, peringatan dan nasihat kepada pengguna jalan raya serta cara penggunaan nombor plat yang betul.

Katanya sepanjang operasi peringkat pertama, anggotanya akan mengedarkan risalah spesifikasi nombor pendaftaran kenderaan yang telah ditetapkan di bawah kaedah 6 Kaedah-kaedah kenderaan Motor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959.

Ismail berkata pemeriksaan melalui sekatan jalan raya dan rondaan oleh anggota JPJ pada peringkat pertama tidak akan dikenakan saman kepada pengguna jalan raya yang melanggar peraturan.

“Mereka akan diberikan surat peringatan supaya nombor pendaftaran yang dipamer ditukar kepada nombor pendaftaran yang mengikut peraturan,” katanya.

Bagaimanapun mulai 1 November, pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi RM300.

JPJ juga akan meminta pemilik kenderaan melucut ‘strobe light’ dari kenderaan mereka.

Beliau berkata JPJ juga telah meningkatkan operasi penguatkuasaan khas bagi kenderaan barangan yang lebih muatan dan membawa barangan yang berbahaya dalam skala besar. – Bernama

Check Also

Juruteknik Pergigian Ditemui Mati Di Kuarters

Juruteknik Pergigian Ditemui Mati Di Kuarters┬áKlinik Kesihatan (KK) Lukut, Port Dickson Negeri Sembilan. Mangsa iaitu …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *