Home » BERITA » Paderi dituduh lakukan seks luar tabii

Paderi dituduh lakukan seks luar tabii

Paderi dituduh lakukan seks luar tabii kepada kanak-kanak perempuan yang juga merupakan anak angkat kepada beliau. Paderi tersebut yang juga merupakan seorang yang dikatakan dihormati oleh masyarakat dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanakĀ  atas dua pertuduhan melakukan iaitu melakukan persetubuhan bertentangan tabii dan melakukan serangan seksual fizikal terhadap seorang anak angkat perempuan warga China. Lelaki yang berusia 49 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan di hadapan hakim Yong Zarida Sazali.

Paderi dituduh lakukan seks luar tabii
Paderi dituduh lakukan seks luar tabii

Paderi itu didakwa melakukan seks luar tabii terhadap mangsa itu yang ketika kejadian berusia 11 tahun di sebuah rumah di Petaling Utama, Petaling Jaya, dekat sini, pada November 2011. Dia didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377C kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimun 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, bapa kepada dua orang anak itu didakwa melakukan serangan seksual terhadap mangsa, yang kini berusia 17 tahun, di tempat yang sama pada 7 Oktober lalu. Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nordalina Ali tidak menawarkan jaminan ke atas tertuduh kerana khuatir tertuduh mengganggu mangsa yang merupakan anak angkatnya. Tertuduh yang diwakili peguam Siva Prema bagaimanapun memohon jaminan diberikan dengan alasan tertuduh yang merupakan seorang paderi begitu dihormati oleh masyarakat. Mahkamah menetapkan 4 Disember depan untuk sebutan semula kes.

 

Check Also

Rakyat Perlu Sabar Beri Peluang Kepada PH

Rakyat Perlu Sabar Beri Peluang Kepada PH

Rakyat Perlu Sabar Beri Peluang Kepada PH kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *