Home » Uncategorized » Pelajar Hilang Di Gunung Bubu Ditemui Mati

Pelajar Hilang Di Gunung Bubu Ditemui Mati

 Gambar Hiasan ( Metro )

KUALA KANGSAR 18 Mac – Dua daripada empat pelajar Tingkatan 5 Kolej Vokasional Kuala Kangsar yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Bubu di Ulu Kenas dekat sini sejak petang kelmarin ditemui mati hari ini. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Supritendan Mat Rabawi Abd. Jalil berkata, mayat Adam Asyraf Azuaan dan Mohd. Amir Asyraf ditemui di dalam sebatang sungai di gunung berkenaan pada pukul 3.20 petang ini. 

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

    

Menurutnya, ketika ini usaha sedang dilakukan oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat untuk membawa turun mayat kedua-dua pelajar berkenaan dari kawasan gunung. 

Katanya, dua lagi pelajar iaitu Mohd. Putera Rafii dan Siti Azimah Mohd. Fitri ditemui dalam keadaan selamat pada pukul 9.30 pagi ini dan mereka sedang dirawat di Hospital Kuala Kangsar. – UTUSAN ONLINE

Check Also

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Berita baik untuk semua peminjam PTPTN atau nama penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Anda …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *