Home » BERITA » Pelajar Maut Disepak Senior Di Kota Bharu

Pelajar Maut Disepak Senior Di Kota Bharu

Pelajar Maut Disepak Senior Di Kota Bharu
Pelajar Maut Disepak Senior Di Kota Bharu

Pelajar Maut Disepak Senior Di Kota Bharu

Memang budak-budak sekarang tidak seperti zaman admin dahulu. Sikit-sikit pukul sikit-sikit bunuh. Dan pastinya mereka-mereka seperti ini adalah jenis yang tidak takut dan tidak hormat kepada pendidik mereka. Ini dia berita Pelajar Maut Disepak Senior Di Kota Bharu yang hangat diperkatakan semalam. jadi untuk berita penuh admin kongsikan kepada anda berita dari Harian Metro.

Kota Bharu: Hanya kerana tidak memberi senyuman dan tidak menghormati pelajar senior, seorang pelajar berusia 16 tahun maut selepas disepak oleh seorang pelajar senior berusia 17 tahun di bahagian leher kanan di sebuah kolej dekat Bachok, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa Mohamad Nor Akram Zime yang menyambut hari jadi ke-16 semalam disahkan meninggal dunia di klinik berhampiran.

Laporan bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat saluran darah ke bahagian otaknya putus.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, ketika kejadian mangsa sedang tidur di dalam bilik asrama bersama empat rakan lain sebelum suspek seorang diri masuk mencari mangsa.

Katanya, suspek pelajar tahun dua jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik mengejutkan mangsa iaitu pelajar tahun satu jurusan sama sebelum menyepak dua kali di bahagian leher kanan menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.

Harapan admin supaya anda yang bernama pelajar sentiasa lah menjaga tingkah laku anda dan hormatilah guru. Jika terdapat sebarang perselisihan dengan rakan atau junior atau senior sila selesaikan dengan cara baik.

Check Also

6 Anggota Bomba Lemas Ketika Menyelamat

6 Anggota Bomba Lemas Ketika Menyelamat

6 Anggota Bomba Lemas Ketika Menyelamat inilah berita yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia hari ini.¬†Faktor …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *