Home » Uncategorized » Pelajar Uitm Melaka cedera parah ditikam

Pelajar Uitm Melaka cedera parah ditikam

Pelajar Uitm Melaka cedera parah ditikam

BANDARAYA MELAKA – Seorang penuntut perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Lendu, Alor Gajah, cedera ditikam lima kali di dada dan sekali di tangan dalam kejadian samun di Apartmen Dimensi di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, Siti Irina Ridzwan, 20, pelajar jurusan Komunikasi Massa, cedera ditikam selepas dia melawan penyerangnya apabila tersedar daripada tidur dan mendapati ada kelibat seorang lelaki di dalam biliknya.

Rakan-rakan serumah yang dikejutkan dengan jeritan mangsa kemudiannya menghubungi ambulans untuk membawa mangsa ke Hospital Melaka, di mana keadaannya dilaporkan tidak membimbangkan.

Mangsa sedang tidur bersendirian di dalam bilik, manakala empat lagi rakan serumahnya berada di dalam bilik lain ketika kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisoner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, mangsa yang tersedar daripada tidur terus ditekan di dadanya oleh lelaki itu sambil mengarahkan mangsa supaya tidak menjerit.

Bagaimanapun, katanya, mangsa melawan dan menyebabkan lelaki itu menikamnya.

“Suspek terjun dari tingkat satu melalui beranda apabila mangsa menjerit meminta tolong,” katanya.

Tiga beg duit milik mangsa dan rakan serumah serta kunci kereta milik mangsa dan rakannya dilarikan lelaki itu. 

Suspek dipercayai seorang berkulit gelap dan bermisai, dikatakan memanjat ke tingkat satu apartmen itu sebelum memasuki bilik mangsa melalui tingkap bilik yang terbuka.

Polis menahan dua lelaki berusia 18 dan 20 tahun, dipercayai rakan suspek utama, yang mendiami apartmen sama dengan mangsa bagi membantu siasatan.

Menurutnya, polis turut menemui dua parang, satu kerambit serta dua kunci kereta jenis Hyundai dan Proton yang disahkan sebagai milik mangsa dan rakannya.

“Usaha menjejaki suspek utama sedang dijalankan. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga membawa kecederaan,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Ridzwan Anas, 60, dari Ampangan, Seremban, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan rakan Siti Irina bahawa anaknya itu cedera ditikam dalam kejadian samun di rumahnya.

Menurutnya, Siti Irina difahamkan sedang berehat selepas mengulang kaji pelajaran apabila kejadian tersebut berlaku.

“Dia adalah seorang pelajar pintar. Saya dan keluarga amat sedih atas apa yang menimpanya dan berharap dia akan segera sembuh,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka, di sini.-Sinar-

Check Also

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Berita baik untuk semua peminjam PTPTN atau nama penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Anda …

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *