Home » Uncategorized » Pelatih PLKN didakwa atas tuduhan membunuh rakan

Pelatih PLKN didakwa atas tuduhan membunuh rakan

PEKAN: Enam pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi Muadzam Shah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, terhadap pertuduhan berasingan membunuh dan menyebabkan kecederaan kepada rakan pelatih mereka pada September lalu.

Seorang tertuduh berusia 17 tahun didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, di Kem Latihan Khidmat Negara Pinggiran Pelangi Muadzam Shah pada 22 September lalu antara jam 1.30 petang dan 10.30 malam.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

   

Manakala lima lagi tertuduh berusia 17 hingga 23 tahun didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan terhadap mangsa pada tarikh sama pada jam 1.30 petang dan 10.30 malam.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang didakwa atas kesalahan membunuh dan Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah menetapkan 11 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Lima lagi tertuduh yang berdepan pertuduhan menyebabkan kecederaan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan dan dikenakan ikat jamin RM3,000 dengan ibu bapa masing-masing sebagai penjamin.

SUMBER

p/s : suh p khidmat negara dia p belasah org plak

Check Also

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Berita baik untuk semua peminjam PTPTN atau nama penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Anda …

2 comments

  1. tu lah orang suruh pegi suruh nak jadi lebih baik dia plak gi belasah org.. ggrrrrr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *