Home » BERITA » Pelik Tapi Benar!!! Ayam Masih Hidup Setelah Disembelih

Pelik Tapi Benar!!! Ayam Masih Hidup Setelah Disembelih

Tadi dalam berblogwalking terjumpa satu cerita yang best untuk kita kongsi dan renungkan. Berita berkenaan seekor ayam yang tidak mati setelah di sembelih. Pelik Tapi Benar!!! Ayam Masih Hidup Setelah Disembelih

Nampak pelik kan tetapi benda ni memang betul. Ini semua kuasa Allah SWT. Aku pernah tengok sendiri pengalaman ini. Masa tu tahun 90 an. Aku budak lagi masa tu dalam darjah 3 rasa nya. Tak ingat dah sebab lama dah benda ni terjadi.

Pelik Tapi Benar!!! Ayam Masih Hidup Setelah Disembelih
Pelik Tapi Benar!!! Ayam Masih Hidup Setelah Disembelih 

Aku pergi kenduri kat rumah jiran aku. Dan ada 2 ekor ayam yang dah disembelih dah putus semua urat halkum dan marih tetapi masih hidup seperti ayam yang belum disembelih. Ini serupa macam berita yang dilaporkan dalam KOSMO kat bawah ni.Nanti korang baca eh.

Tetapi 2 3 hari lepas tu ayam tu mati kalau tak silap aku. Aku pun kecik lagi masa tu mana nak amik port pun benda-benda gini. 😉 Budak2 la katakan baik aku main galah panjang ke main kejar2 ke kan kan.

SUNGAI PETANI – Setelah seminggu ayam jantan yang disembelih untuk dijadikan lauk kepada petugas sempena majlis perkahwinan di Kampung Permatang Langsat, Simpor dekat Tikam Batu di sini, akhirnya haiwan terbabit mati kelmarin.

Ayam itu mati setelah disembelih sekali lagi oleh seorang penduduk, Abdullah Omar, 60, pada pukul 4 petang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan kampung itu, Saidon Rejab berkata, melihat keadaan ayam itu masih bergerak cergas walaupun terputus urat halkum dan marih, penduduk bersetuju untuk menyembelihnya sekali lagi.

“Keadaan ayam ini amat luar biasa kerana selepas disembelih bagi kali kedua, ia masih belum mati dan berjalan seperti biasa,” katanya.- kosmo

Check Also

13 Wakil Rakyat UMNO Sabah Keluar Parti

13 Wakil Rakyat UMNO Sabah Keluar Parti

13 Wakil Rakyat UMNO Sabah Keluar Parti dan menyebabkan UMNO Sabah kini menjadi lumpuh apabila …

3 comments

  1. kuasa Allah…dulu pun remy pernah tgk jugak…ayam lambat mati selepas disembelih…mungkin bukan ajalnya nak mati serta merta….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *