Home » BERITA » Pemandu BMW Tampil Buat Kenyataan

Pemandu BMW Tampil Buat Kenyataan

Anda ingat video yang viral baru-baru ini di media sosial? Video di mana sebuah kereta Kenari hampir bertembung dengan sebuah BMW di Johor. Setelah beberapa hari video tersebut tular Pemandu BMW Tampil Buat Kenyataan kepada kepada Harian Metro. Tetapi kenyataan yang dibuat oleh pemandu BMW tersebut mendapat kecaman daripada netizen. Bukan kecaman apa tetapi lebih kepada menasihatkan pemandu BMW tersebut berjumpa terus dengan mangsa bukannya dengan menggunakan media dan meminta mangsa memadamkan video yang telah viral tersebut.

Pemandu BMW Tampil Buat Kenyataan
Pemandu BMW Tampil Buat Kenyataan

Ini laporan daripada Harian Metro. Susulan viral video sebuah kereta BMW berwarna hitam yang memotong secara berbahaya sehingga menyebabkan kereta Perodua Kenari kemalangan, pemandunya tampil menjelaskan bahawa dia berada dalam kecemasan ketika kejadian itu berlaku, lapor Harian Metro. Sahrul Afza Hamzah, mendakwa dirinya adalah pemandu BMW berkenaan yang memandu secara berbahaya sehingga hampir meragut nyawa dua sahabat di Kilometer 55, Jalan Kota Tinggi-Kluang, Sabtu lalu, meminta kakak mangsa memadamkan video berkenaan dari terus viral di media sosial.

“Kepada tuan yang post kisah ini, saya harap dapat delete secepat mungkin. Saya bukan sengaja, saya memang dalam kecemasan kerana anak saya yang berusia lima bulan digigit lipan. Alhamdulillah dia selamat. “Anda boleh menghubungi saya dan sertakan sekali nombor akaun. Saya mahu tebus kekhilafan saya,” katanya yang juga sempat mengucapkan selamat menyambut Aidil Adha.

Apabila ditanya oleh netizen adakah dia individu yang memandu BMW terbabit, Sharul menjawab, “Ya, saya punya. Saya driver.” Terdahulu, Nojahwati Sohaini, 34, memuat naik video kejadian rakaman dashcam milik saksi kejadian tersebut dan mengecam tindakan pemandu BMW berkenaan yang memotong secara berbahaya ketika cuba memotong sebuah lori sehingga menyebabkan kereta yang dipandu adiknya melanggar penghadang besi jalan. di Jalan Ulu Penggeli-Bandar Tenggara.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 4 petang itu menyebabkan adik Nojahwati trauma, manakala rakannya dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, oleh orang awam. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Muhamad Laham bagaimanapun memaklumkan, pemandu BMW berkenaan masih belum menyerah diri bagi membantu siasatan. “Belum serah diri dan kita sedang memeriksa dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mendapatkan butiran diri pemandu itu,” katanya.

Check Also

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berita ini sememangnya mengundang kemarahan terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *