Home » BERITA » Pembahagi Biru Bahayakan Penunggang Motosikal

Pembahagi Biru Bahayakan Penunggang Motosikal

Pembahagi Biru Bahayakan Penunggang Motosikal di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Admin telah membaca satu kes yang tular di media sosial di mana seorang penunggang motosikal telah mengalami kecederaan akibat terjatuh setelah melanggar pembahagi biru (rujuk gambar) yang dikhaskan untuk penunggang basikal.

Pembahagi Biru Bahayakan Penunggang Motosikal
Pembahagi Biru Bahayakan Penunggang Motosikal

Memetik artikel yang dikeluarkan oleh Paultan ramai netizen yang memberikan pandangan dan pendapat tentang PEMBAHAGI BIRU ini. Admin kongsikan kepada anda semua serba sedikit rumusan yang telah dibuat oleh laman web Paultan tersebut.

Beberapa insiden mula beredar di laman Facebook, dan menyatakan bahawa pembahagi laluan itu membahayakan penunggang motosikal dan basikal sendiri, sekiranya mereka mengubah laluan dari laluan masing-masing (dibeberapa bahagian terutama di simpang, laluan biru ini juga ada yang dialih sedikit arah laluannya merentasi laluan utama). Koordinator Projek bagi Cycling Kuala Lumpur dan Bicycle Map Project, Jeffrey Lim menjelaskan, pembahagi berkenaan merupakan ciri tambahan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya ketika berada di laluan masing-masing agar tidak sewenang-wenang memasuki laluan khas itu.

Namun, ada kejadian di mana penunggang motosikal terjatuh ketika melanggar pembahagi ini untuk mengubah laluan mereka. “Memang ada kekhuatiran seperti itu, sama juga sebaliknya, jika pengguna kenderaan bermotor memasuki lalun sikal berkenaan dan menyebabkan kecederaan kepada pengayuh basikal atau pejalan kaki,” jelas Jeffrey.

Berkaitan warna biru yang digunakan itu pula, yang mana beberapa individu di Facebook mendakwa ia sangat licin dan menyebabkan mudah tergelincir, Jeffrey menjelaskan sepanjang pengetahuannya, cat berkenaan mempunyai bahan khas untuk menjadikan permukaannya kesat, dalam situasi dan had tertentu.

Projek Bike4U bertujuan untuk menghubungkan laluan-laluan tengah ibu kota dengan hab pengangkutan lain seperti stesen bas dan tren/keretapi. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dalam pusat bandar serta mengurangkan penggunaan kereta bagi perjalanan jarak dekat dalam bandar.

P/S :

DBKL telah memasang Pembahagi Biru Ini *bagi mengelakkan kenderaan lain masuk ke lorong biru*.Dalam Faktor Keselamatan Kepada Penunggang Motor Boleh Membawa Padah Atau Kehilangan Nyawa Jika Terlangar Benda Hitam ini. Sangat Membahayakan Kenderaan 2 Roda Sekiranya Tidak Perasan Khususnya Apa Bila Waktu Hujan Lebat Atau Waktu Malam *BERHATI-HATI MENUNGGANG KENDERAAN 2 RODA DI BANDARAYA KUALA LUMPUR*

Pembahagi Biru Bahayakan Penunggang Motosikal
Pembahagi Biru Bahayakan Penunggang Motosikal

Check Also

Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam

Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam

Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam. Tun Dr Mahathir Mohamed YAb Perdana Menteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *