Pendaftaran BR1M 2016

Perhatian kepada semua rakyat Malaysia. Kepada semua penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebelum ini tarikh pendaftaran BR1M 2016 telah pun dibuka. Pada tarikh ini juga semua pemohon BR1M sedia ada boleh mengemaskini permohonan lama mereka. Perkara-perkara yang perlu diambil kira adalah seperti nombor akaun penerima BR1M dan alamat terkini penerima BR1M.

BR1M 2016
BR1M 2016

BR1M 2016 adalah seperti berikut Bujang yang berumur 21 dan ke atas, berpendapatan tidak melebihi 2 ribu akan menerima RM400, Isi Rumah tangga yang berpendapatan kurang dari RM3,000 akan mendapat RM1000 dan Isi Rumah tangga yang berpendapatan kurang dari RM3,000 – RM4,000 dibayar RM650.

BR1M adalah salah satu langkah kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah terutama dalam keadaan tekanan kos hidup yang semakin meningkat. Walaupun agak kecil jumlahnya tetapi ia sedikit sebanyak dapat membantu rakyat yang memerlukan.

Jadi kepada semua rakyat Malaysia jika anda berkelayakan jangan tunggu lagi. Teruslah memohon BR1M 2016 anda sekarang. Jika anda tidak tahu bagaimana cara untuk memohon serta kelayakan lengkap permohonan kami akan berkongsi kepada anda pautannya. Jadi untuk maklumat lanjut berkaitan BR1M 2016 anda hanya perlu klik pautan di bawah ini.

Cara Memohon BR1M 2016

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *