Home » BERITA » Pendrive Bukti Kepincangan 30 Tahun FAM

Pendrive Bukti Kepincangan 30 Tahun FAM

Pendrive Bukti Kepincangan 30 Tahun FAM
Pendrive Bukti Kepincangan 30 Tahun FAM

Anda kenal dengan Tengku Mahkota Johor. Pastinya semua rakyat Malaysia kenal dengan Tuanku TMJ ini. Sejak beberapa hari ini beberapa pemain kebangsaan yang semuanya dari pasukan JDT telah mengumumkan persaraan. Dan perkara ini sedikit sebanyak telah memalitkan nama TMJ walaupun Tuanku tidak sedikit pun terlibat dengan keputusan pemain seperti Aidil, Safiq, Amirul dan Kunanlan untuk bersara. Tetapi ada sesuatu yang agak mengejutkan dari TMJ sendiri yang admin petik dari laman FB Johor Southern Tiger. Ini dia Pendrive Bukti Kepincangan 30 Tahun FAM (seperti dalam gambar). Berita persaraan Aidil dan Safiq di SINI.

Jom kita ikuti tulisan DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor tersebut. Anda baca dan hadamkan. Pastinya ada yang tidak senang duduk dengan posting dari DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor ini. Kita tunggu dan lihat sahaja apa yang bakal didedahkan nanti.

JANGAN DIAJAK PENEMBAK TEPAT PERGI MENEMBAK

Anda memberi komen tentang pemain yang bersara dan membuat kenyataan seolah-olah mereka tidak pernah berkhidmat dan mencapai kejayaan bersama pasukan kebangsaan. Apa yang susah sangat untuk menghormati keputusan mereka? Satu perkataan sahaja yang anda harus katakan tentang mereka atau kepada mereka iaitu ‘terima kasih’. Terima kasih atas pengorbanan mereka selama ini. Itu sahaja. Usah tunjuk kepada saya dan generasi sekarang yang anda semua sebagai orang lama susah hendak menerima bahawa masa dan dunia ini telah berubah. Apa yang pelik adalah anda semua boleh terima selama ini dan sanggup mempertegakkan 30 tahun korupsi dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Ini adalah ‘pendrive’ diberikan kepada saya oleh sahabat-sahabat saya yang berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur berkenaan maklumat dan aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang-orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek. Mungkin sudah sampai masanya untuk penyokong bolasepak tanahair melihat dan menilainya sendiri. Saya mempunyai seorang komander di India yang pernah berkata, ‘jangan diajak penembak tepat pergi menembak’.

Akhir sekali, saya ingin mengingatkan, duit rakyat sepatutnya digunakan untuk rakyat sahaja. Bukan untuk bolasepak dan kepentingan politik. Sila selesai isu gaji pemain yang sudah lama tidak diselesaikan.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Gambar dan petikan dari : Johor Southern Tiger FB

Check Also

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berita ini sememangnya mengundang kemarahan terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *