Home » SUKAN » Pengadil PKNS vs Kedah Digantung

Pengadil PKNS vs Kedah Digantung

Peminat-peminat Kedah dan sesiapa sahaja yang menonton perlawanan suku akhir kedua antara PKNS FC dan Kedah baru-baru ini pasti dapat melihat satu insiden yang agak pelik dalam bola sepak negara. Beberapa pemain Kedah meraikan jaringan di tepi padang berhampiran tempat pemain simpanan mereka. Dan beberapa saat selepas itu PKNS FC melakukan jaringan gol pertama. Ini mendapat bantahan pemain-pemain kedah dan susulan dengan itu Pengadil PKNS vs Kedah Digantung oleh FAM.

Pengadil PKNS vs Kedah Digantung
Pengadil PKNS vs Kedah Digantung

Jom kita baca ulasan penuh yang dipetik dari website Stadium Astro. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ambil keputusan untuk menggantung empat pengadil yang terlibat dalam perlawanan suku akhir Piala Malaysia antara PKNS FC dan Kedah baru-baru ini.Menurut kenyataan laman web rasmi FAM, pengadil Samsudin Ibrahim, penolong kanan 1 Busrah Eri dan pegawai keempat Khairul Rizal Ismail akan digantung sehingga FAM mencapai keputusan lanjut manakala Asmadi Noor Hasni telah digantung selama dua minggu.

Pada perlawanan 28 November itu, PKNS FC berjaya mengikat keputusan perlawnan menerusi Mohd Faiz Isa sebaik Kedah membuka tirai jaringan seminit awal.Pengadil tersebut didapati salah kerana membenarkan sepak mula dilakukan ketika dua pemain Kedah masih berada di kawasan PKNS FC.Dengan ini, kesemua para pengadil FAM harus menyertai kursus segar semula mengenai undang-undang permainan bola sepak sebanyak dua atau tiga kali setahun.

Check Also

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia. Nampak gayanya jodoh ketua jurulatih skuad Harimau Malaya tidak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *