Home » Uncategorized » Penipuan Skype Hampir Musnahkan Kerjaya Amin Idris

Penipuan Skype Hampir Musnahkan Kerjaya Amin Idris

Kuala Lumpur: “Patutlah sepanjang 10 minit perbualan kami melalui Skype, lelaki itu minta saya melakukan beberapa pergerakan badan. Rupa-rupanya dia rakam dan gunakannya untuk buat tiga video pendek yang mengaibkan saya.

“Dia ugut akan musnahkan kerjaya dan masa depan saya dengan sebarkan video itu jika saya tidak mengirimkan wang RM20,000 kepadanya,” kata penyampai stesen televisyen Al-Hijrah, Amin Idris.

Amin, 33, berkata, kejadian itu berlaku pada hujung Mac lalu apabila dia menerima pesanan daripada pemilik akaun Facebook (FB) dengan nama Stevan Cruz ketika melayari laman sosial itu di rumahnya.

Menurutnya, Stevan memperkenalkan diri sebagai pegawai jabatan sumber manusia yang dilantik beberapa pengurusan kilang di Filipina dan ingin menjemputnya ke sana bagi menyampaikan ceramah motivasi kepada pekerja kilang.

“Dia kemudian mengajak saya beralih kepada Skype kerana lebih mudah untuk berbincang melalui video dan tanpa mengesyaki apa-apa saya membuka akaun Skype semata-mata mahu memenuhi pelawaannya itu.

Metro

Check Also

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Berita baik untuk semua peminjam PTPTN atau nama penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Anda …

2 comments

  1. macam pelik je..dgn perbualan video laki tu rakam pergerakan tubuh dan ugut musnahkan kerjaya???..penyampai ni xpakai baju ke masa berskype????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *