Home » INFORMASI » Penjagaan Kulit Guna Tomato

Penjagaan Kulit Guna Tomato

Assalamualaikum WBT

Sebelum ini admin ada buat entry pasal khasiat tomato. So bagi yang terlepas sila la ke SINI. Jadi untuk meneruskan kesinambungan cerita tomato untuk slot hari ini phat nak kongsi ngan korang beberapa petua penjagaan kulit dengan menggunakan tomato. Dah macam blog penjagaan kecantikan plak haha jangan marah ek Zoey zau yah & Fyna 😉

Penjagaan Kulit Guna Tomato
Penjagaan Kulit Guna Tomato

Mengecilkan liang roma

Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

Merawat jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.
Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.
Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E – kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.
Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.
Menyejukkan kulit yang rosak
Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.
Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.
Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit

sumber 

Check Also

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan TERAJU

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan TERAJU

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan TERAJU? Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ialah unit strategik di Jabatan …

24 comments

  1. tomato best! mkn hari2 sure xde mslh sembelit punye, huhu tetibe

  2. suka makan bby tomato atau tomato seri yg kecik2 tu, manisss 🙂

  3. wah…kene buat nie..he3 🙂

  4. Nak kulit cantik , tapi tomato lah paling tak suka ehehe

  5. nak cantik guna bahan semulajadi.. 🙂

  6. haa…tip yg bgs ni..zaza mmg tgh alami mslh kulit muka skg ni…tq2 mbantu.. =)

  7. gua nak try ! nanti mesti mak pelik mane pergi buah tomato kat dapur . hehehe

  8. YEAY!TIPS YANG BAGUS!

  9. sediakan sekilo tomatom bln 5 ni ye…hahahaha….

  10. wahh bagi petua pulak bro phat ni.Tomato banyak khasiat!

  11. abg phat..zaza baru je gi beli tomato td..heheh..dgn limau nipis… =)

  12. hehe sis mmg gila tomato punya org..tomato juga selalu jadi bahan eksperimen kecantikan wee:D

  13. hehe.. nk cubo lahh 😀

  14. ko nak jadi tokey tomato plak ke phat?

  15. aku suke mkn tomato ni ngan sambal belacan je… nak tepek2 kat muka tak lah… hahaa

  16. Phat kalau cmpur buah tomato ngan betik2 blh jadi muke cam snow white tak? Hahaha~

  17. bleh jual produk kecantyikan berasaskan tomato cmni nih

  18. mang nak kene cuba ni 🙂

  19. kena g beli tomato dulu laa ni…

  20. wah..nak kene try,test dan cuba ni..hehe

  21. banyak khasiat tomato nih kan phat…
    alahai tp ssh sgt nk mkn tomato nih =P

    luv,
    cik ana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *