Home » INFORMASI » Peraturan Cermin Gelap atau Tinted JPJ

Peraturan Cermin Gelap atau Tinted JPJ

Peraturan Cermin Gelap atau Tinted JPJ yang perlu semua pengguna kenderaan bermotor di Malaysia ketahui. Untuk rujukan anda semua pengguna kereta di Malaysia di sini pihak BVT ingin kongsikan Peraturan Cermin Gelap atau Tinted JPJ yang diluluskan. Peraturan Cermin Gelap atau Tinted JPJ yang diluluskan adalah seperti berikut :-

Peraturan Cermin Gelap atau Tinted JPJ
Peraturan Cermin Gelap atau Tinted JPJ

1.Ketelusan cahaya cermin hadapan kenderaan sekurang-kurang 70%

2.Ketelusan  cahaya  cermin  sisi  kiri  dan  kanan  pemandu sekurang-kurang 50%

3.Ketelusan cahaya lain-lain cermin di belakang pemandu sekurang-kurang 30%

4.Ketelusan   cahaya   semua   cermin   bas   dan   caravan sekurang-kurang 70%

Pemunya kenderaan berdaftar atau pemandu kenderaan yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan di atas boleh dikenakan tindakan seperti berikut :-

1. Jika sabit kesalahan pemunya berdaftar atau pemandu boleh didenda tidak melebihi RM500.00 dan penjara tidak melebihi tempoh selama 2 minggu untuk kesalahan pertama dan;

2. Denda tidak melebihi RM1000.00 atau penjara tidak melebihi tempoh 1 bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan berikut.

Jadi kepada semua pengguna kereta di negara kita patuhi lah Peraturan Cermin Gelap atau Tinted JPJ yang telah ditetapkan ini. Jangan disebabkan kita tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, kita semua terpaksa membayar denda atau menghuni penjara untuk seketika. Semoga informasi ini memberi manfaat kepada semua.

Jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan anda yang lain. Anda semua mampu mengubahnya. Ingatlah insan yang tersayang. Nak mencari duit zaman sekarang ini bukan nya mudah.

Check Also

Semakan Daftar Pemilih Online SPR

Semakan Daftar Pemilih Online SPR

Semakan Daftar Pemilih Online SPR. Tahun 2018 adalah tahun di mana pilihanraya umum (PRU) akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *