Permohonan Online Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Permohonaan Online Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) atau Permohonan Secara Dalam Talian BMT telah pun dibuka kepada orang ramai. Permohonan ini dibuka kepada semua pekebun kecil getah di seluruh negara. YAB Perdana Menteri telah mengumumkan semasa pembentangan Bajet 2017, Bantuan Musim Tengkujuh RM200 sebulan untuk 3 bulan akan diberikan kepada 440,000 pekebun kecil/penoreh getah.

Permohonan Online Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Permohonan Online Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Lembaga Getah Getah Malaysia (LGM) sebagai agensi pelaksana telah membangunkan Sistem Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh bertujuan bagi memudahkan permohonan dibuat oleh Pekebun Kecil. Sila klik pada pautan dibawah untuk membuat permohonan.

PERMOHONAN ONLINE BMT

Lebih 440,000 pekebun kecil dan penoreh getah layak memohon Bantuan Musim Tengkujuh yang dibuka mulai hari ini. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata mereka akan menerima bantuan kewangan RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan mulai November ini hingga Januari depan bagi menghadapi musim tengkujuh.

“Kerajaan Persekutuan memperuntuk RM261 juta bagi memastikan kebajikan pekebun kecil dan penoreh getah terpelihara ketika musim tengkujuh. “Kementerian melalui agensi pelaksana, Lembaga Getah Malaysia amat komited memastikan pelaksanaan bantuan ini berjalan lancar menerusi kaedah permohonan yang mudah serta mesra rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bantuan berkenaan ialah inisiatif yang diperkenal buat pertama kali bagi meringankan beban kewangan pekebun kecil dan penoreh getah apabila sumber pendapatan utama mereka terjejas akibat hujan berpanjangan pada akhir tahun.

Jadi kepada semua pekebun kecil getah yang terdapat di seluruh negara jangan lepaskan peluang ini untuk mendaftar dan memohon. Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan sahaja dan semak data-data yang berkaitan terutama nombor akaun bank untuk tujuan pengkreditan bantuan nanti. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat Lembaga Getah Malaysia berhampiran anda. Anda juga boleh melayari http://www.lgm.gov.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *