Home » INFORMASI » Permohonan Pembaharuan MyONLINE PASPORT

Permohonan Pembaharuan MyONLINE PASPORT

Permohonan Pembaharuan MyONLINE PASPORT
Permohonan Pembaharuan MyONLINE PASPORT

Permohonan Pembaharuan MyONLINE PASPORT telah dibuka. Jadi ia akan memudahkan semua pemegang pasport Malaysia untuk memperbaharui pasport mereka. Sila rujuk perkongsian artikel ini untuk anda memahami cara-cara bagaimana membuat Permohonan Pembaharuan MyONLINE PASPORT.

https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport

PENGENALAN

MyONLINE PASPORT adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet.

Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).

(Pembayaran melalui FPX dihentikan untuk penyelenggaraan buat sementara waktu.)

SPESIFIKASI FOTO PASPORT:

Latar belakang foto MESTI berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.

Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada.

Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.

Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional.Gambar polaroid tidak dibenarkan.

Sila lihat gambar contoh untuk keterangan lanjut.

Permohonan yang tidak menepati spesifikasi tidak akan diproses terlebih dahulu dan akan menyebabkan kelewatan semasa pengambilan/serahan passport.

TERMA & SYARAT:

1. Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).

2. Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem. Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150).

3. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.

4. Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz pasport yang terbaharu.

5. Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit terus (FPX). Kadar bayaran adalah seperti berikut:
i. Permohonan Biasa 13 – 59 tahun : RM 200
ii. Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100

6. Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.

7. Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.

8. Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja

9. Buku Pasport mestilah didalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air).

Keperluan Tambahan:

1. Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.

2. Sekiranya pemohon atau penjaga tidak hadir semasa kutipan pasport, pasport tersebut tidak akan diserahkan.

Dipetik dari laman FB Jabatan Imigresen Malaysia

Check Also

Khasiat Buah Kurma Untuk Manusia

Khasiat Buah Kurma Untuk Manusia

Khasiat Buah Kurma Untuk Manusia. Di Malaysia sebut sahaja kurma sudah pasti semua umat Islam …

3 comments

  1. macam mudah nak buat tu. jhehe

  2. wow..mudahnya sekarang..semuanya di hujung jari..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *