Pertandingan Namakan Anak Panda

Jom rakyat Malaysia. Kita sertaiĀ Pertandingan Namakan Anak Panda yang kerajaan Malaysia anjurkan ini. Seperti yang kita ketahui ada satu projek usahasama negara kita Malaysia dan China tentang Panda ini. Sepasang panda jantan dan betina telah dibawa ke Malaysia dan diberi layanan istimewa. Panda-panda ditempatkan satu tempat khas di Zoo Negara dengan fasiliti yang begitu tinggi harganya.

Namakan anak panda
Namakan anak panda

Pada 18 Ogos 2015, panda betina Liang-Liang telah selamat melahirkan seekor anak panda betina pada jam 1.45 petang seberat 175 gram. Kelahiran anak panda pertama ini menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang berjaya melahirkan anak panda secara semulajadi dalam kurungan hanya dalam tempoh 15 bulan ia dipinjam dari Republik Rakyat China.

Bagi meraikan kejayaan tersebut, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dengan kerjasama Malaysia Zoological Society (MZS) akan mengadakan pertandingan bagi menamakan anak giant panda sebagai usaha mempromosi aktiviti konservasi hidupan liar yang dilaksanakan ini disamping menarik minat masyarakat mencintai hidupan liar.

Berikut admin kongsikan syarat-syarat penyertaan dan link untuk anda menghantar pernyertaan secara dalam talian. Hantar penyertaan anda di SINI

Syarat-syarat penyertaan namakan Panda
Syarat-syarat penyertaan namakan Panda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *