Home » Uncategorized » Pesawat MH370 Hilang, Dakwaan Wanita Australia Terhadap Co Pilot MAS

Pesawat MH370 Hilang, Dakwaan Wanita Australia Terhadap Co Pilot MAS

Macam-macam hal negara luar nak ambil kesempatan dengan negara kita. Dalam sibuk “membantu” operasi mencari tiba-tiba keluar pula berita dan gambar-gambar aksi pembantu juruterbang bersama wanita Australia ini.

Tetapi yang pelik nya mengapa baru sekarang nak keluarkan berita ini. Tak ke rasa pelik. Kejadian tahun 2011. Lama dah tu.

Dalam keadaan yang cukup genting ini mereka boleh bermain dengan berita-berita yang sebegini rupa. Apa lah perasaan keluarga si co pilot MAS tu kan. Dah la pesawat masih lagi belum tahu apa khabar berita keluar pulak cerita sebegini.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Kita doakan agar negara kita dijauhkan dari anasir-anasir yang ingin menjatuhkan dan menghancurkan kita. Untuk rujukan anda boleh baca berita dari Metro di bawah :

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) terkejut dengan dakwaan terhadap pembantu juruterbang Fariq Ab Hamid yang dikatakan membenarkan penumpang melawat kokpit semasa penerbangan dua tahun lalu.

MAS sedar akan dakwaan tersebut tetapi tidak dapat mengesahkan ketulenan gambar dan video yang dipaparkan dalam rancangan “A Current Affair” siaran sebuah stesen televisyen Australia, katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut laporan AP, seorang wanita bernama Jonti Roos mendakwa dibenarkan melawat kokpit bersama rakannya semasa penerbangan dari Phuket ke Kuala Lumpur pada Disember 2011.

Roos menceritakan pengalamannya semasa rancangan televisyen tersebut.

Fariq merupakan salah seorang daripada juruterbang penerbangan itu.

p/s : teruskan berdoa kerana doa itu senjata orang mukmin



Check Also

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Berita baik untuk semua peminjam PTPTN atau nama penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Anda …

2 comments

  1. hurmm kesian dengan family dia ja.. :'(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *