Home » Uncategorized » Pesta Bola Merdeka 2013

Pesta Bola Merdeka 2013

Peminat bola sepak tanah air pasti teruja dengan kejohanan Pesta Bola Merdeka 2013 yang tengah berlangsung di Kuantan, Pahang sekarang ini. Baru malam tadi skuad Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee memperoleh kemenangan kedua dengan mengalahkan Myanmar 2-1. Sebelum ini skuad negara mengalahkan Singapura 1-0.Next game lawan Thailand sebelum beraksi di final.

Cuma kehadiran penonton kurang memuaskan. Mungkin faktor cuaca yang selalu hujan pada sebelah petang atau malam menyebabkan peminat-peminat sekitar Kuantan memilih untuk menyaksikan perlawanan ini melalui siaran langsung di kaca TV.

Liga-liga Eropah pula berehat seketika minggu lepas untuk memberi laluan kepada pasukan negara masing-masing dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil. Kemeriahan liga-liga Eropah akan bersambung semula minggu ini. Sudah pasti peminat liga Inggeris, Liga Sepanyol, Liga Italy dan lain-lain tidak sabar menanti aksi pasukan kesayangan mereka.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Ini ditambah dengan pembelian pemain di saat akhir seperti Mesut Ozil yang berpindah dari Real Madrid ke Arsenal. Peminat-peminat Arsenal sudah tentu tidak sabar untuk menyaksikan “debut” Ozil nanti. Kalau layan game Arsenal ramai-ramai mesti nak kena pakai jersi kan. Yang belum ada jersi korang jangan risau dapatkan saja di ZALORA.Bukan setakat jersi Arsenal berbagai jersi ada kat ZALORA MALAYSIA – Shopping site online yang terbaik.

Layan EPL ke Sirie A ke La Liga ke jangan sampai lupa bola sepak negara kita ok. Harap-harap Harimau Muda menang Pesta Bola Merdeka. Piala Malaysia pun dah nak start semula minggu depan selepas berehat. Harap-harap Negeri Sembilan monang !! Hobin Jang Hobin.

Check Also

Live Streaming Vietnam vs Malaysia AFF Suzuki Cup 2018 Final 2nd Leg

Malaysia 2 Vietnam 2 AFF Suzuki Cup

Malaysia 2 Vietnam 2 AFF Suzuki Cup 2018. Berikut merupakan keputusan untuk perlawanan akhir pusingan …

2 comments

  1. ow, ptot la bnyi bdk2 bersorak, ad bola skang, sungguh xconcern dgn isu semasa,,haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *