Petronas Taman Austin JB Meletup

Stesen NGV di Petronas Taman Austin JB Meletup sebentar tadi. Satu lagi kejadian kemalangan yang tidak disangka-sangka terjadi di Johor Bahru hari ini. Baru sahaja pagi tadi kira-kira jam 9.00 pagi kita semua dikejutkan dengan berita kebakaran yang berlaku di wad ICU Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Petronas Taman Austin JB Meletup
Petronas Taman Austin JB Meletup

Memetik laporan dan gambar daripada twiter Bernama admin kongsikan kepada anda semua berita berkaitan dengan Stesen NGV di Petronas Taman Austin JB Meletup ini. Satu letupan kuat berlaku di sebuah stesen minyak di Taman Austin, Johor Bharu, petang ini menurut seorang saksi kejadian, lapor Bernama.

Satu video yang dimuat naik oleh Bernama merakamkan keadaan di kawasan terbabit dipercayai selepas kejadian. Setakat ini masih ada laporan rasmi tentang kejadian dan punca kejadian masih belum diketahui. Beberapa gambar kejadian turut dimuat naik di media sosial.

Untuk maklumat lanjut sila ikuti Twiter Bernama

One comment

  1. KENYATAAN BERKENAAN KEJADIAN LETUPAN DI STESEN PETRONAS AUSTIN PERDANA, JOHOR BAHRU

    PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) mengesahkan satu kejadian letupan telah berlaku di stesen PETRONAS Austin Perdana pada hari Selasa, 25 Oktober 2016 sekitar pukul 3:15 petang.

    Berdasarkan penemuan awal, letupan itu telah berlaku di fasiliti NGV semasa kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan.

    Pasukan tindakan kecemasan kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan keadaan kini terkawal.

    Pihak syarikat dengan rasa kesal ingin memaklumkan bahawa kejadian ini telah mengakibatkan satu kemalangan jiwa yang melibatkan kontraktor kami.

    Pihak syarikat ingin menyampaikan ucapan takziah dan rasa sedih kami kepada keluarga mangsa.

    Siasatan sedang dijalankan untuk mengenalpasti impak dan punca kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *