Home » BERITA » PM Najib Rombak Kabinet?

PM Najib Rombak Kabinet?

PM Najib Rombak Kabinet?
PM Najib Rombak Kabinet?

Biar betul? Tetapi semacam ada ura-ura bahawa pada petang ini jam lebih kurang 3.00 petang berkemungkinan terdapat satu pengumuman penting berkaitan kabinet Malaysia yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri sendiri. Jika benar PM Najib Rombak Kabinet? pasti ada perubahan sedikit sebanyak dalam “line up” menteri-menteri beliau.

Untuk berita lebih jelas kita lihat laporan dari Astro Awani di bawah ini yang admin kongsikan untuk anda. Dengar cerita ini semua disebabkan oleh suara lantang YAB Tan Sri TPM dalam satu video yang viral di media sosial. Rujuk video di bawah.

Berita dari Awani. KUALA LUMPUR: Rombakan Kabinet dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat, lapor akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi mempersembahkan senarai rombakan Kabinet itu.

Cakap-cakap mengenai rombakan kabinet ini mula berlegar beberapa bulan lalu dan semakin diperkatakan semalam selepas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras pada Ahad malam.

Kedudukan Muhyiddin dalam kabinet menjadi perhatian namun beliau dijangka akan kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi tidak memegang apa-apa kementerian.

Sebelum ini, ada yang menjangkakan Muhyiddin akan digugurkan dan tempat beliau akan digantikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, namun ia dikatakan agak mustahil.

Beberapa menteri dijangka akan digugurkan dan bertukar kementerian serta ada timbalan menteri yang disebut-sebut akan dilantik sebagai menteri penuh.

Utusan Malaysia meramalkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang akan diberi tanggungjawab sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Abdul Rahman baru sahaja dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN).

Manakala portal myKMU.net pula meramalkan Khairy Jamaluddin akan ditukarkan ke Kementerian Sumber Manusia atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia sedia ada Datuk Ahmad Shabery Cheek dikatakan akan kembali menerajui Kementerian Belia dan Sukan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dijangka dilantik sebagai Menteri penuh di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menggantikan Datuk Seri Shafie Apdal yang diramalkan akan digugurkan.

Beberapa ahli parlimen antaranya  Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim dan Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin dikatakan akan dilantik sebagai timbalan menteri.

Ada yang berpendapat nama-nama seperti Datuk Hassan Malek, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri G Palanivel bakal digugurkan dari kabinet.

G. Palanivel yang kini memegang potfolio Menteri Sumber Hijau dan Alam Sekitar dijangka akan digugurkan berdasarkan masalah yang dihadapi oleh MIC.

Check Also

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berita ini sememangnya mengundang kemarahan terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *