Home » BERITA » Potongan Gaji Berjadual PTPTN Ditangguh

Potongan Gaji Berjadual PTPTN Ditangguh

Potongan Gaji Berjadual PTPTN Ditangguh. Khabar baik kepada semua peminjam Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini iaitu sistem bayaran balik pinjaman fleksibel (ICLR) untuk pinjaman tersebut akan ditangguhkan buat masa ini.

Menurut Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, langkah penangguhan itu diambil buat sementara waktu sehingga pihaknya menerima input dan maklum balas kolektif daripada pihak berkepentingan.

“Skim bayaran balik ICLR PTPTN akan ditangguhkan buat sementara waktu sehingga kita menerima input dan maklum balas kolektif daripada pihak berkepentingan,” tulis beliau dalam akaun Twitter miliknya, hari ini.


Rabu lalu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan mengumumkan skim potongan bulanan baharu bagi peminjam dengan gaji RM2,000 ke atas, mulai 1 Januari 2019.

Potongan tersebut akan melibatkan antara dua peratus hingga 15 peratus daripada gaji peminjam.

Seorang peminjam dengan gaji bulanannya RM2,000 perlu membayar RM40 sebulan manakala mereka yang memperoleh RM8,000 perlu mengeluarkan RM1,200 sebulan.

Pengumuman itu mendapat pelbagai reaksi negatif termasuk dalam kalangan pemimpin dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH). – UTUSAN ONLINE

Check Also

13 Wakil Rakyat UMNO Sabah Keluar Parti

13 Wakil Rakyat UMNO Sabah Keluar Parti

13 Wakil Rakyat UMNO Sabah Keluar Parti dan menyebabkan UMNO Sabah kini menjadi lumpuh apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *