Home » SUKAN » Punca Perlawanan Antara Pahang vs JDT ditangguhkan

Punca Perlawanan Antara Pahang vs JDT ditangguhkan

Punca Perlawanan Antara Pahang vs JDT ditangguhkan
Punca Perlawanan Antara Pahang vs JDT ditangguhkan

Punca Perlawanan Antara Pahang vs JDT ditangguhkan. Malam tadi sepatutnya berlangsung perlawanan separuh akhir kedua antara Pahang menentang Johor Darul Takzim ( JDT ) di Staduim Darul Makmur Kuantan, Pahang.

Seperti yang semua tahu perlawanan malam tadi telah pun dibatalkan dan ditunda ke satu masa yang lain (khabar nya dilangsungkan pada pagi ini tanpa penonton) atas sebab keselamatan.

Sebab nya apa sebab ada lebih kurang 7000 penonton yang berada di dalam kawasan padang iaitu duduk di atas trek balapan. Mengikut peraturan FIFA memang perlawanan tidak boleh dijalankan jika terjadi nya situasi ini.

Setelah anggota keselamatan berjaya menyelesaikan masalah ini dan last check dijalankan ada plak segelintir penyokong JDT yang dibaling objek dari luar stadium dan terkena kepada mereka. Tetapi sebab mengapa mereka dibaling tidak dapat dipastikan. Ada sahabat aku yang bagi tau penyokong JDT yang mulakan baling objek kepada mereka yang berada di luar stadium.Jadi mereka balas pulak.

Apa-apa pun insiden malam tadi menunjukkan kelemahan pengurusan stadium yang mana boleh membenarkan begitu ramai orang melebihi kapasiti yang ada.

p/s : ada je “berita” bila JDT main yek.. 😉

Check Also

Gambar Jersi Johor Darul Takzim JDT 2018

Gambar Jersi Johor Darul Takzim JDT 2018

Gambar Jersi Johor Darul Takzim JDT 2018 telah pun dilancarkan secara rasmi oleh pasukan JDT …

3 comments

  1. ergghhh sampai begini punya teruk, mmg patut ditangguhkan je..

  2. tak profesional la pengurusan bola sepak kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *