Home » BERITA » Punca Pesawat MAS MH179 Patah Balik

Punca Pesawat MAS MH179 Patah Balik

Punca Pesawat MAS MH179 Patah Balik

Selepas satu-satu dugaan menimpa syarikat penerbangan milik negara kita iaitu MAS, diberitakan semalam satu lagi kejadian membabitkan sebuah pesawat milik MAS. Pesawat yang berlepas dari KLIA itu dikatakan berlegar-legar selama 2 jam diruang udara Indonesia sebelum mengambil keputusan untuk berpatah balik dan tidak meneruskan perjalanan ke Colombo. Jadi pasti ramai yang tertanya-tanya apakah Punca Pesawat MAS MH179 Patah Balik bukan? Jadi Paneh kongsikan berita oleh akhbar BH apakah Punca Pesawat MAS MH179 Patah Balik.

KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan pesawat MH179 yang dalam penerbangan ke Colombo, Sri Lanka berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi berikutan “penumpang bermasalah”. Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, berkata pesawat itu tidak mengalami masalah teknikal dan semua penumpang selamat. “MAS maklumkan ia berpunca daripada ‘penumpang bermasalah’. Tiada masalah teknikal,” katanya ketika dihubungi BH di sini sebentar tadi tetapi tidak menyatakan jenis masalah dicetuskan penumpang berkenaan.

Laman web penjejak penerbangan “Flightradar24” dalam mesej twitter pada 1.30 pagi tadi berkata pesawat terbabit berpatah balik ke KLIA selepas membuang bahan api selama dua jam di perairan Selat Melaka untuk mengurangkan berat pesawat, sebelum mendarat. Pesawat terbabit yang berlepas dari KLIA jam 11.27 malam dijadualkan tiba di Colombo pada 12.18 tengah malam waktu tempatan.

Insiden patah balik itu tersebar dengan cepat dalam media sosial khususnya mengenai punca pesawat itu terpaksa berpatah balik selepas dua jam berlegar di Selat Melaka. Sementara itu, MAS dalam kenyataannya memaklumkan penumpang terbabit menimbulkan masalah kepada krew sebaik pesawat berlepas. “Penumpang lain juga terpaksa membantu krew untuk menangani penumpang bermasalah itu kerana badannya yang besar.

MAS berkata kapten pesawat membuat keputusan berpatah balik bagi memastikan keselamatan semua penumpang. “Sebaik tiba di KLIA, penumpang bermasalah itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa,” kata MAS menjelaskan pesawat MH179D berlepas ke Colombo pada 10.06 pagi tadi.

Begitulah apa yang dikatakan Punca Pesawat MAS MH179 Patah Balik. Tiada sebarang masalah teknikal yang melibatkan pesawat tetapi terdapat masalah yang berpunca dari penumpang. Mari kita sama-sama mendoakan semoga MAS sukses dan tidak lagi dilanda dengan pelbagai ujian selepas ini.

Admin : PTG

 

Check Also

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berita ini sememangnya mengundang kemarahan terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *