Home » BERITA » Punca Sebenar Yusuf Azmi PPIM ditahan

Punca Sebenar Yusuf Azmi PPIM ditahan

Punca Sebenar Yusuf Azmi PPIM di tahan dan diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Kajang tidak ada kena mengena dengan kisah 9 dragon yang digembar gemburkan di sosial-sosial media baru-baru ini.  Yusuf Azmi yang juga merupakan Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan  Ali Salimin Ketua Operasi unit itu dibawa ke Mahkamah Kajang untuk didakwa atas pertuduhan menceroboh dan perbuatan khianat. Mereka berdua dibawa menaiki kenderaan polis dengan diiringi tiga kenderaan polis lain di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada 9.35 pagi tadi.

Punca Sebenar Yusuf Azmi PPIM ditahan
Punca Sebenar Yusuf Azmi PPIM ditahan

Menurut Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM Datuk Hishamudin Hashim, kedua-dua individu itu dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang untuk pertuduhan kes di bawah Seksyen 427 dan 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan perbuatan khianat selepas menyerah diri kepada polis di sini pagi ini. Apa yang berlaku tadi adalah pihak polis mengambil cap jari dan gambar mereka serta teruskan proses pendakwaan.”

“Kedua-duanya dituduh melakukan perbuatan khianat dan menceroboh. Kita akan tengok apa kandungan pertuduhan dan berharap mendapat jaminan yang baik dan dibebaskan hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di IPD Kajang. Hishamudin berkata pihaknya juga akan membuat proses mediasi (rundingan) supaya dapat mengurangkan kadar jaminan.

Terdahulu, Yusuf dan Ali hadir ke IPD Kajang bagi membantu siasatan kes membabitkan kedai pajak kereta di sini pukul 8 pagi ini. Pada 10 Julai lepas, kira-kira 30 pemilik kereta dengan beberapa aktivis PPIM didakwa memecahkan mangga kunci pagar di stor kenderaan syarikat itu dengan tujuan mengambil semula kenderaan masing-masing sehingga berlaku kekecohan. PPIM juga dilaporkan mendakwa polis tidak mengambil tindakan terhadap aduan mangsa kereta pajak gadai di syarikat kenderaan itu. Susulan itu, seorang pengurus eksekutif syarikat terbabit turut membuat laporan polis pada hari sama. lapor BERNAMA. 

Mengikut pertuduhan pertama, Yusof, 27, dan Ali, 50, didakwa bersubahat melakukan perbuatan khianat dengan memotong kunci pagar stor syarikat AGR Auto Trade Sdn. Bhd. di hadapan stor syarikat tersebut, di Sungai Sikamat, Jalan Cheras, Batu 13 di sini kira-kira pukul 3.30 petang, 10 Julai lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, Yusof dan Ali didakwa bersubahat melakukan pencerobohan jenayah di tempat dan tarikh yang sama di antara pukul 3.30 petang dan 7.30 petang. Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 447 Kanun Ke­seksaan dibaca bersama Seksyen 109 akta tersebut yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan jaminan RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh. Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 24 November ini untuk sebutan semula kes.

Check Also

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berita ini sememangnya mengundang kemarahan terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *