Home » SUKAN » Ramai Gembira LCW Kembali Tapi Sampai Bila

Ramai Gembira LCW Kembali Tapi Sampai Bila

Ramai Gembira LCW Kembali Tapi Sampai Bila. Persoalan yang sepatutnya sudah ada jawapan andai ingat melihat arena badminton Malaysia terus bersinar. Jika tiada jawapan, mungkin inilah petanda bermulanya zaman suram badminton negara.

Datuk Lee Chong Wei

Semua rakyat Malaysia rasanya gembira dengan kembalinya Datuk Lee Chong Wei ke gelanggang secara rasmi bermula 1 Mei 2015 setelah tamat tempoh penggantungan selama lapan bulan atas kesalahan doping ketika Kejohanan Dunia 2014. Namun sampai bila kita mahu mengharapkan kudrat pemain terbaik yang pernah dilahirkan oleh Malaysia ini.

Sepanjang ketiadaan LCW dalam mewakili negara dalam super siri badminton BWF, tidak ada seorang pun pemain yang mampu mengantikan beliau. Semua gagal dalam setiap kejohanan. Bukan sahaja untuk jadi juara, tapi untuk melepasi pusingan pertama pun terpaksa berhempas pulas, malah ada yang kandas seawal pusingan kelayakan. Dimana silapnya? Mahu salahkan BAM ? salahkan pemain? atau paling mudah salahkan sahaja pemain lawan lebih hebat..

Dimana pemain muda yang dihasilkan dari sekolah projek, kejohanan kebangsaan atau apa sahaja program bakat muda yang telah dijalankan.

Sekarang Datuk Lee Chong Wei terpaksa memerah keringat bermati-matian untuk mengumpul mata untuk layak beraksi di Sukan Olimpik 2016. Dengan usia mencecah 33 tahun, mampukah LCW bertahan. Walau bagaimana pun, kami di Paneh Miang tetap menyokong LCW semoga semangat yang ditunjukan oleh icon badminton negara ini dapat dicontohi oleh pemain muda badminton negara.

 

Check Also

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia. Nampak gayanya jodoh ketua jurulatih skuad Harimau Malaya tidak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *