Rani Kulup Jadi Pelakon

Anda kenal dengan Rani Kulup? Tahukah anda Rani Kulup telah diangkat antara individu paling popular di media sosial oleh sekelian netizen. Dengan tagline #kipidap nama beliau tiba-tiba menjadi popular dengan sekelip mata. Ini kerana apa yang admin ketahui beliau sering kali membuat kenyataan berkaitan sesuatu isu yang melibatkan negara terutama politik tanah air. Tetapi sekarang ini dengarnya Rani Kulup Jadi Pelakon. Ada bakat terpendam tu.

Rani Kulup Jadi Pelakon untuk filem, drama atau dokumentari adalah tidak dapat dipastikan. Tetapi admin akan kongsi dengan anda video beliau tengah shooting. Nampak seperti shooting untuk iklan hari raya sebab orang lain semua berpakaian baju melayu lengkap kecuali si Rani Kulup yang memakai uniform kebiasaannya yang beliau pakai.

Rani Kulup Jadi Pelakon

Tak sangka bukan si Rani Kulup Jadi Pelakon. Bukan apa kebanyakan netizen memang mengutuk beliau dengan perkataan #jilake #kipidap dan macam-macam lagi. Tetapi dalam video yang dikongsi di facebook ini komen paling win yang admin nampak adalah “jilake jilake rani kulup dapat jugak jadi pelakon jilakeeeeee”. hahaha…baru korang tahu jadi pelakon dah beliau.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja kemunculan iklan ke cerita ke yang Rani Kulup berlakon ini. Tahniah lah Rani Kulup Jadi Pelakon. Lepas ni mana tahu producer kat Malaysia nak bikin filem ambil beliau jadi hero. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Jom kita layan video tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *