Home » BERITA » Rawang Bypass Dibuka Dengan Rasmi 28 11 17

Rawang Bypass Dibuka Dengan Rasmi 28 11 17

Rawang Bypass Dibuka Dengan Rasmi 28 11 17. Jalan Pintas Rawang (Rawang Bypass) sepanjang 9KM telah dibuka kepada pengguna mulai jam 9.00 malam Selasa 28 Nov 2017. Jabatan Kerja Raya serta pihak kontraktor akan memantau pergerakan lalulintas di awal pembukaannya. Majlis Perasmian Jalan Pintas Rawang Daerah Gombak, Selangor telah berlangsung dengan jayanya pada  Selasa, 28 November 2017 di tapak projek tersebut.

Rawang Bypass Dibuka Dengan Rasmi 28 11 17
Rawang Bypass Dibuka Dengan Rasmi 28 11 17

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia dan diiringi oleh Yang Berhormat Dato’ P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Hulu Selangor, Yang Berbahagia Dato’ Sri Zohari Bin Haji Akob, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Yang Berbahagia Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya, serta pegawai – pegawai kanan Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya.

Pembinaan Projek Jalan Pintas Rawang ini telah bermula pada 16 Julai 2005 dan dilaksanakan secara Reka dan Bina oleh Syarikat Panzana Enterprise Sdn. Bhd. Pelaksanaan projek ini adalah secara berperingkat dan melibatkan pembinaan jalan pintas jajaran baru dua lorong dua hala sepanjang 9.0 km serta kerja menaiktaraf Jalan Persekutuan FT001 sepanjang 12.5 km. Demi pemeliharaan rezab Hutan Kanching yang juga merupakan Taman Warisan Negeri Selangor, jajaran asal ini telah dikaji semula pada tahun 2006 dan diteruskan dengan pembinaan struktur bertingkat (elevated structure) sepanjang 2.7 km bagi mengurangkan penerokaan hutan.

Konsep rekabentuk projek ini adalah mengunakan Movable Scaffolding System (MSS) atau sistem perancah bergerak yang mana pertama kalinya dilaksanakan di Malaysia. Kaedah ini dapat mempercepatkan pembinaan tanpa menjejaskan alam sekitar. Di samping itu, penggunaan tiang berkembar (double column piers) dengan rasuk pengikat (tie-beam) dipilih bagi mengurangkan saiz tetopi cerucuk dan impak kepada kawasan hutan. Projek ini juga menggunakan kaedah penanaman cerucuk secara hand Dug Caisson Pile iaitu pengorekan lubang cerucuk menggunakan tenaga manusia bagi mengelakkan pencemaran bunyi serta meminimumkan kesan negatif kepada flora dan fauna di sepanjang jajaran.

Tahniah diucapkan kepada Pasukan JKR terutamanya Cawangan Jalan, Kontraktor dan semua pihak di atas sokongan, komitmen dan kerjasama padu yang telah diberikan dalam menjayakan projek ini.

Rawang Bypass Dibuka Dengan Rasmi 28 11 17
Rawang Bypass Dibuka Dengan Rasmi 28 11 17

JKR

Check Also

6 Anggota Bomba Lemas Ketika Menyelamat

6 Anggota Bomba Lemas Ketika Menyelamat

6 Anggota Bomba Lemas Ketika Menyelamat inilah berita yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia hari ini. Faktor …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *