Home » HIBURAN » Raysha Rizrose Juara Dewi Remaja 2015

Raysha Rizrose Juara Dewi Remaja 2015

Tahniah diucapkan kepada pemenang pencarian Dewi Remaja 14/15. Adik kepada pelakon Nelydia dan Uqasha Senrose iaitu Raysha Rizrose telah dinobatkan sebagai juara dewi remaja untuk edisi kali ini. Raysha Rizrose Juara Dewi Remaja 2015 dan telah menewaskan finalis lain iaitu Syamim Farid, Balqish Maarif, Deeba Halil dan Mawar Rashid. Seperti mana yang kita semua tahu, pencarian dewi remaja ini memang akan ditunggu-tunggu oleh mereka yang ingin menjadikan platform untuk menceburi bidang peragaan atau lakonan.

Raysha Rizrose Juara Dewi Remaja 2015

Tidak dinafikan beberapa nama pelakon terkenal tanah air bermula dari pencarian dewi remaja. Contoh paling dekat adalah Neelofa. Pada malam kemuncak tersebut Neelofa sendiri telah memberikan mahkota kemenangan kepada Raysha. Raysha telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.00. Anda kenal tak siapa Raysha? Jom kita lihat gambar Raysha Rizrose Juara Dewi Remaja 2015 ini.

Tempat kedua dinobatkan kepada Syamim, yang juga Telah memenangi kategori Dewi Menawan (Sunsilk), manakala Balqish di tempat ketiga. Mawar Rashid memenangi kategori Dewi Kegemaran, yang ditentukan 100 peratus daripada undian peminat melalui laman web rasmi Remaja. Sementara itu, seorang lagi peserta, Fify Azmi, 25, dinobatkan sebagai Dewi Persahabatan.

Untuk  pusingan akhir , semua finalis Telah Diberi Cabaran Dan Diuji dengan sesi soal jawab bersama panel juri yang terdiri daripada Artis Tersohor Erra Fazira dan Edry Abdul Halim selaku juri tetap Scha Al-Yahya, Dan Pengarah Kreatif Kumpulan Karangkraf, Puan Farah Hussamuddin dan jurugambar bebas, Ridduan Ismail.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang terutama kepada Raysha Rizrose. Tahniah!!!

Ucapan kemenangan Raysha di petik dari BH adalah seperti berikut :-

“Raysha mengakui terkejut dengan keputusan itu. “Saya masih seakan tidak percaya apabila dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2014/2015. Dunia seperti berhenti seketika apabila nama saya diumumkan sebagai sebagai juara dan ia menjadi antara pengalaman paling manis dalam hidup saya. Diberi peluang untuk bersaing dengan semua finalis pada peringkat akhir adalah satu penghormatan yang cukup besar buat saya. Mereka semua pesaing yang sangat berbakat dan cantik-cantik belaka. “Banyak yang saya pelajari sepanjang pertandingan ini terutamanya mengenai kepentingan untuk menjaga disiplin diri, menepati masa, memperbaiki ketrampilan diri, cara berhadapan dengan orang ramai dalam pelbagai situasi serta banyak lagi. Pengalaman yang cukup berharga ini secara tidak langsung memberikan impak kepada personaliti saya secara peribadi. “Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro Ria dan Majalah Remaja atas kepercayaan yang diberikan untuk terbabit dalam program Dewi Remaja 2014/2015. Saya amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada program ini. Tidak dilupakan kepada juri, pihak penaja, keluarga, peminat, pihak produksi serta semua yang tidak putus-putus memberi sokongan dan semangat selama ini,” katanya Lagi.

Check Also

Mak Zul Ariffin Meninggal Dunia

Mak Zul Ariffin Meninggal Dunia

Mak Zul Ariffin Meninggal Dunia akibat serangan jantung. Takziah diucapkan kepada pelakon sado Zul Ariffin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *