Home » HIBURAN » Respons Johan Isu Cium Mulut Di ABPBH 2014

Respons Johan Isu Cium Mulut Di ABPBH 2014

Respons Johan Isu Cium Mulut Di ABPBH 2014
Respons Johan Isu Cium Mulut Di ABPBH 2014

Respons Johan Isu Cium Mulut Di ABPBH 2014

Berikut adalah Respons Johan Isu Cium Mulut Di ABPBH 2014 yang hangat diperkatakan di media sosial semalam. Pelbagai reaksi dari peminat-peminat hiburan tanah air dengan apa yang dilakukan oleh Johan Rajalawak tersebut terutama rancangan itu disiarkan secara langsung. Jadi melalui informasi yang di petik dari Murai ini dia kenyataan yang dibuat oleh Johan.

“Saya rasakan tidak boleh bercium di tempat awam jika belum berkahwin. Untuk saya tiada masalah, kerana saya sudah berkahwin. Dia isteri saya, apa-apa perkara yang terjadi, dia orang pertama yang akan tahu. Dialah orang pertama yang saya harus sambut bersama jika saya memperoleh apa-apa kejayaan,” kata Johan.

Ketika ditanya adakah reaksi yang dilakukan itu adalah tindakan spontan selepas diumumkan sebagai pemenang anugerah bagi kategori tersebut, Johan menjawab persoalan itu dengan satu contoh.

“Saya akan berada 24 jam bersama dia, jadi jika saya rasa gembira atau sebaliknya, saya akan pandang dia. Saya beri contoh, jika saya makan burger, jika saya rasa ada bahagian burger yang saya sedang makan merupakan bahagian yang paling sedap, saya akan berikan kepadanya. Saya memang kongsi semua perkara dengan dia,” ujarnya lagi.

Bersyukur dengan anugerah yang diterimanya, Johan merasakan yang kemenangan yang diraihnya ini membuatkan dirinya rasa dihargai oleh pendegar dan peminatnya di luar sana.

“Alhamdulillah, kemenangan ini membuatkan saya rasa dihargai oleh semua pendengar dan peminat saya. Saya hanya wakil untuk mengambil anugerah ini kerana ini adalah hasil usaha mereka. Terima kasih kepada isteri saya, keluarga dan para penyokong yang selama ini tidak henti-henti memberi sokongan buat saya dalam bidang seni,” kata Johan mengakhiri perbualan.

Check Also

Dato Sri Siti Nurhaliza Selamat Bersalin

Dato Sri Siti Nurhaliza Selamat Bersalin

Dato Sri Siti Nurhaliza Selamat Bersalin. Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah …

2 comments

  1. bini dia lantak dia la kot..hhehhe

    pleasee la yang menegur tu pon ko nak suh johan cakap apa kat dia? "baik la ustaz express, esok lusa aku tak buat lagi" naaa..nampak tak?? kurang perhatian gamaknya yang menegur tu rupanya..agaggagaga

  2. main cium2 dah… follow blog ini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *