Home » BERITA » Ringgit vs US Dollar

Ringgit vs US Dollar

Ringgit vs US Dollar
Ringgit vs US Dollar

Nilai Ringgit Malaysia atau RM ditutup paling rendah setakat ini pada tahun 2015 iaitu RM 3.76 berbanding US Dollar. Ini adalah nilai ringgit paling rendah berbanding USD dalam tempoh sembilan tahun.Jadi untuk berita penuh berkaitan Ringgit vs US Dollar ini admin kongsikan laporan daripada Awani.

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup pada paras paling rendah dalam tempoh sembilan tahun berbanding dolar Amerika hari ini.Pada jam 5 petang,  ringgit  berada pada 3.7660/7690 berbanding 3.7170/7200 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Penyelidikan Inter-Pacific Securities, Pong Teng Siew berkata, dolar AS meneruskan momentum meningkat sejak minggu lalu selepas mencatat data pekerjaan yang kukuh pada Jumaat.”Mata wang AS itu bukan sahaja mengukuh berbanding ringgit, tetapi hampir semua mata wang utama lain.

“Data pekerjaan yang positif dan ekonomi AS yang kukuh menunjukkan Rizab Persekutuan AS merancang menaikkan kadar faedah sebelum akhir tahun,” katanya kepada Bernama.Ringgit juga didagangkan paling rendah berbanding mata wang utama yang lain.Berbanding dolar Singapura ia berada pada 2.7638/7677 minggu lepas dan menurun berbanding  yen.

Ini adalah rezeki bagi mereka di Malaysia yang income mereka bersandarkan US Dollar.

Check Also

Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam

Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam

Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam. Tun Dr Mahathir Mohamed YAb Perdana Menteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *