Home » SUKAN » Rumours Perpindahan Pemain Kelantan 2018

Rumours Perpindahan Pemain Kelantan 2018

Rumours Perpindahan Pemain Kelantan 2018 sedang berlegar-legar di media-media sosial sekarang ini. Walaupun KAFA dalam kenyataan media menyatakan bahawa senarai pemain pasukan Kelantan dan barisan jurulatih hanya akan diumumkan pada hari Sabtu ini 11 November 2017. Pengumuman barisan pemain dan jurulatih pasukan liga super 2018 The Red Warriors (TRW) akan dibuat selepas mesyuarat badan induk bola sepak Kelantan tersebut selesai.

Rumours Perpindahan Pemain Kelantan 2018
Rumours Perpindahan Pemain Kelantan 2018

Menurut laporan Berita Harian Online pihak KAFA memberi tahu bahawa keputusan itu dibuat bagi membolehkan persiapan awal dibuat sekali gus memastikan pasukan lebih sempurna dapat dibentuk. “Kita juga berharap pemain baharu yang ditandatangani dapat membentuk keserasian bersama pasukan lebih awal sebelum saingan Liga Super tahun depan,” kata Setiausaha Agung KAFA, Hussin Deraman.

Terdahulu, terdapat desas-desus di kalangan penyokong TRW mengenai senarai wajah baharu yang bakal membarisi skuad TRW musim depan.┬áRumours Perpindahan Pemain Pasukan Kelantan 2018 menyatakan melalui beberapa blog penyokong TRW, beberapa bekas pemain kemungkinan menyertai TRW semula antaranya pemain sayap FELDA United, Wan Zack Haikal Wan Noor; pemain sayap Pahang, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria; penyerang FELDA United, Norshahrul Idlan Talaha dan pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Shakir Shaari.

Jika benar┬áRumours Perpindahan Pemain Kelantan 2018 ini menjadi kenyataan nampak gaya pasukan Kelantan musim 2018 akan menyaksikan beberapa bekas pemain yang berhijrah akan membuat ‘comeback’. Ternyata semua pemain yang dinyatakan ini mempunyai pengalaman yang luas tidak kira bersama pasukan Kelantan, pasukan yang mereka wakili sekarang dan juga dalam pasukan kebangsaan.

Untuk rekod pasukan Kelantan adalah antara pasukan yang mempunyai prestasi yang kurang memberangsangkan musim ini apabila hampir turun ke liga perdana dan terpaksa menunggu hingga ke perlawanan terkahir liga super untuk mengesahkan mereka kekal di Liga Super 2018. Seperti ada yang tidak kena, pasukan Kelantan yang sememangnya digeruni pihak lawan sebelum ini seperti hilang taring pada musim Liga Super 2017. Masalah pengurusan dikatakan salah sebab mengapa prestasi pasukan Kelantan agak merudum musim ini.

Check Also

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia. Nampak gayanya jodoh ketua jurulatih skuad Harimau Malaya tidak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *