Home » BERITA » Saifuddin Abdullah Sertai PKR

Saifuddin Abdullah Sertai PKR

Bekas ahli parlimen Temerloh dan juga bekas ahli majlis tertinggi UMNO Datuk Saifuddin Abdullah sertai PKR. Dalam pengumunan yang dibuat oleh beliau sebentar tadi menurut laporan Berita Harian. Penyertaan Datuk Saifuddin Abdullah dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah diumumkan sendiri oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Saifuddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) sebelum ini turut menimbulkan kontroversi apabila menghadiri mesyuarat meja bulat yang diadakan PKR untuk membincangkan penubuhan Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat.

Saifuddin Abdullah Sertai PKR

Beliau menyatakan menghadiri mesyuarat berkenaan atas kapasiti sebagai Pengerusi Akademi Belia. Sususlan itu, bekas Ahli Parlimen Temerloh, Pahang itu turut menerima surat tunjuk sebab daripada UMNO berhubung perkara itu. Nampaknya semakin ramai bekas pemimpin UMNO telah memilih jalan untuk menyertai parti lain selepas UMNO.

Apa yang terjadi di dalam parti hanya mereka-mereka sahaja yang mengetahui.

 

Check Also

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berita ini sememangnya mengundang kemarahan terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *