Home » BERITA » Saiful Bukhari Tarik Balik Saman 50 Juta

Saiful Bukhari Tarik Balik Saman 50 Juta

Anda kenal dengan individu yang bernama Saiful Bukhari Azlan? Anda kenal dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Sudah pasti anda kenal bukan kerana sebelum ini di kaca-kaca televisyen selama bertahun-tahun setiap hari akan ada keluar berita tentang mereka terutama apabila menjelangnya pilihanraya. Mereka berdua ini dikatakan terlibat dengan kes liwat. Anwar Ibrahim peliwat dan mangsa liwat adalah Saiful Bukhari. Seperti mana yang kita juga tahu hukuman telah pun dijatuhkan kepada Anwar Ibrahim kerana bersalah meliwat Saiful Bukhari. Kita juga pernah mendengar berita bahawa si Saiful ingin menyaman Anwar Ibrahim sebanyak RM 50 juta. Tetapi akhbar hari ini memberitakan bahawa Saiful Bukhari Tarik Balik Saman 50 Juta. Agak mengejutkan bukan?

Apa yang sebenarnya terjadi hanya si Saiful Bukhari seorang sahaja yang mengetahui. Seperti biasa apabila keluar berita sebegini maka ramailah yang memberikan komen terutama kepada penyokong kedua-dua pihak. Apa rasionalnya Saiful membuat saman sebelum ini dan apa rasionalnya Saiful Bukhari Tarik Balik Saman 50 Juta. Hanya Saiful sahaja yang tahu jawapan tersebut.

Saiful Bukhari Tarik Balik Saman 50 Juta

Paneh ingin berkongsi dengan semua pembaca berita yang dilaporkan oleh Berita Harian ini. Semoga anda semua mendapat info berkaitan dalam berita yang dikongsikan ini.Saiful Bukhari Tarik Balik Saman 50 Juta.

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik saman RM50 juta ke atas Anwar berhubung kes liwat II. Peguam Anwar, Latheefa Koya memberitahu media bahawa tiada sebab diberikan Zamri Idrus, peguam Mohd Saiful mengenai penarikan balik saman itu dengan Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan merakam arahan berkenaan. Beliau berkata, mahkamah meminda tarikh perbicaraan kepada 25 Ogos daripada 10 Ogos tahun ini. Latheefa berkata, hari ini kes ditetapkan untuk pengurusan dengan Zamri memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamannya mahu menarik balik saman. “Mohd Saiful tidak hadir hari ini,” katanya kepada wartawan selepas kes disebut di dalam kamar.Saiful Bukhari Tarik Balik Saman 50 Juta-Bernama

 

Check Also

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berita ini sememangnya mengundang kemarahan terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *