Samsung J7 RM49 Lazada Adalah Scam

Pasti ramai yang menerima satu link iklan di aplikasi whatapps yang memberi tawaran diskaun gila-gila iaitu Samsung J7 hanya dengan harga Rm49.00 sahaja. Setelah diselidiki bahawa Samsung J7 RM49 Lazada Adalah Scam yang sebenarnya. Mungkin ramai yang terkena tetapi modus operandi si pembuat link dan site tidak diketahui. Link yang anda terima seperti di bawah bukan?

*Best Deal, Lazada’s Best Selling Samsung Galaxy J7 in RM 49 only. Buy It Now Before Sale Ends. Cash On Delivery Also Available.*

*Visit now* http://bit.ly/LazadaSale1

samsung-j7-rm49-lazada-scam-1

Setelah diselidiki oleh team berita viral terkini mungkin ada beberapa kemungkinan. Salah satu mungkin si pembuat link ini mahu test atau mencuba satu program untuk mudah viral di applikasi whatapss. Mungkin juga melalui cara begini si pembuat link atau phising site tersebut mudah untuk mendapatkan banyak contact whatapps dalam satu masa.

Ada logiknya kerana jika kita share kepada 8 groups yang berasingan di whatapps mungkin ia akan viral dengan begitu mudah dan pantas sekali. Admin ada juga terbaca satu artikel berkaitan Samsung J7 RM49 Lazada Adalah Scam ini yang dikongsikan di blog farizulasyraf.com. Anda boleh baca artikel tersebut di blog beliau.

samsung-j7-rm49-lazada-scam
Samsung J7 RM49 Lazada Adalah Scam

Jadi kepada semua pengguna applikasi whatapps mohon berhati-hati dengan taktik ini. Satu yang jelas jika mendapat tawaran yang memang nampak tidak masuk akal anda hanya perlu rujuk terus kepada website sebenar company yang menawarkan tawaran tersebut. Sebagai contoh apa yang terjadi ini si pelaku menggunakan nama company jualan online terbesar iaitu Lazada. Mereka tahu yang Lazada mempunyai jutaan pelanggan. Jadi anda semua perlu berhati-hati. Kongsikan artikel ini jika ia bermanfaat kepada semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *