Home » INFORMASI » Semakan Daftar Pemilih Online SPR

Semakan Daftar Pemilih Online SPR

Semakan Daftar Pemilih Online SPR. Tahun 2018 adalah tahun di mana pilihanraya umum (PRU) akan dilaksanakan. Cuma tarikh pembubaran parlimen dan juga tarikh untuk semua rakyat Malaysia mengundi masih lagi belum dikethui dan masih lagi menjadi tanda tanya. Anda semua sudah mendaftar sebagai pemilih? Jika belum anda boleh pergi mendaftar. Kepada semua yang telah mendaftar anda boleh menyemak maklumat anda secara online.

Semakan Daftar Pemilih Online SPR
Semakan Daftar Pemilih Online SPR

Melalui Semakan Daftar Pemilih Online SPR ini anda boleh menyemak sama ada maklumat berkaitan dengan anda betul atau pun tidak. Maklumat-maklumat yang anda boleh lihat dalam semakan ini adalah :-

  • Kad Pengenalan
  • Nama
  • Tarikh Lahir
  • Jantina
  • Lokaliti
  • Daerah Mengundi
  • DUN
  • Parlimen
  • Negeri

Jadi kepada semua yang telah mendaftar anda boleh menyemak status anda dan juga maklumat yang dinyatakan di atas dengan hanya melayari pautan : Semakan Daftar Pemilih Online SPR : Anda masukkan nombor kad pengenalan anda dan masukkan askara yang terdapat dalam gambar seterusnya tekan butang SEMAK.

Segala maklumat yang dinyatkan di atas akan terpapar. Anda boleh semak sama ada ianya betul atau pun salah. Jika terdapat kesilapan anda boleh menghubungi SPR untuk tindakan selanjutnya. Nombor yang boleh dihubungi adalah Hotline 03-8892 7018 / 03-8892 7200.  Bagi yang belum mendaftar anda boleh terus membaca maklumat yang dikongsikan di bawah ini.

UNTUK PEMILIH BIASA

Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:

Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

UNTUK PENGUNDI TIDAK HADIR

Anggota Tentera

Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:

Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;
Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKad (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;
Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan.

Nota:

Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.
Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).

WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA

Pendaftaran PTH dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu:

Datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara;
Serahkan MyKad atau pasport anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
Nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda.
Semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;
Turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; dan
Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.

Nota:

Hanya penjawat awam dan pasangannya dan pelajar dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH (Luar Negara). Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pengundi biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon di Malaysia (sebagaimana dalam kad pengenalan).
Warganegara Malaysia yang menetap/bekerja di luar negara (bukan penjawat awam/pelajar/pasangan penjawat awam/pasangan pelajar) boleh memohon untuk berdaftar sebagai pengundi biasa di mana-mana pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara.
Status sebagai PTH (Luar Negara) adalah kekal sehingga pemilih memohon pendaftaran semula sebagai pengundi biasa setelah pulang ke Malaysia.

SUMBER

Check Also

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018. Seperti yang semua ketahui bahawa selepas pilihanraya umum ke 14 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *