Home » HIBURAN » Senarai 12 Peserta Akhir AF Megastar

Senarai 12 Peserta Akhir AF Megastar

Sudah dua minggu Konsert Akademi Fantasia Homecoming dijalankan. Kemuncaknya malam tadi apabila kesemua peserta konsert homecoming 1 dan 2 masing-masing telah melaksanakan persembahan mereka. Jadi pihak juri yang terdiri daripada Dato’ Ramli MS, Syafinaz dan Ziana Zain telah memilih Senarai 12 Peserta Akhir AF Megastar 2017.

Senarai 12 Peserta Akhir AF Megastar
Senarai 12 Peserta Akhir AF Megastar

Senarai 12 Peserta Akhir AF Megastar ini telah dipilih 100% oleh pihak juri tanpa ada sebarang undian daripada pihak penonton. Apabila bermulanya Konsert AF Megastar nanti baru lah markah 40% datangnya dari penonton. Senarai 12 Peserta Akhir AF Megastar ini telah diumumkan oleh pengacara Pak Nik sejurus tamatnya Konsert Homecoming minggu ke-2 di Royal Theatre Shah Alam malam tadi.

Senarai 12 Peserta Akhir AF Megastar adalah seperti berikut :-

  1. Idayu
  2. Bob
  3. Syamel
  4. Adira
  5. Marsha
  6. Azhar
  7. Sufi
  8. Amir Jahari
  9. Indah
  10. Ewal
  11. Shahir
  12. Ami

Tahniah diucapkan kepada Senarai 12 Peserta Akhir AF Megastar yang layak. Jadi kepada yang tidak layak seperti Adam, Zahid, Faizal, Milla, Faizul, Firman, Rosma, Anding, Amylea, Nubhan, Aril dan Ara teruskan perjuangan anda di luar ya. Rezeki anda semua bukan di AF Megastar.

Bagi yang tidak mengetahui lebih lanjut apa itu AF jom kita singkap sedikit sejarah Akademi Fantasia ini.  Akademi Fantasia atau lebih dikenali sebagai AF adalah sebuah rancangan televisyen realiti pertama di Malaysia yang memberi peluang kepada pesertanya untuk bersaing dan merebut gelaran juara dalam usaha menempatkan diri dalam industri hiburan. Rancangan ini juga menyediakan tempat belajar yang menggabungkan konsep hiburan dan akademik bagi memudahkan pesertanya menyesuaikan diri. Ia juga dirangka khas menyemai nilai-nilai murni serta memberikan inspirasi dengan memupuk sikap keterbukaan, kebanggaan, keazaman dan melangkaui diri sendiri.

Format rancangan ini diolah daripada “La Academia”, yang pada asalnya di Mexico. Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini. Ia kemudian diikuti oleh Indonesia, Thailand, Paraguay, Amerika Tengah, Amerika Syarikat dan Singapura, serta mendapat respon positif berbanding dengan siri American Idol. Program ini juga berjaya melahirkan penyanyi terbaik negara seperti Hafiz Suip, Aizat Amdan, Akim Ahmad, Nija Tahar dan penyanyi popular seperti seperti Stacy, Mawi dan Adam.

Foto : Berita Harian Online

Check Also

Biodata Profil Dira Abu Zahar Puteri UMNO

Biodata Profil Dira Abu Zahar Puteri UMNO

Biodata Profil Dira Abu Zahar Puteri UMNO. Nama pelakon Dira Abu Zahar tiba-tiba sahaja menjadi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *