Home » BERITA » Senarai Harga Baru Rokok 2015

Senarai Harga Baru Rokok 2015

Pastinya berita yang paling tidak mahu didengar oleh semua perokok yang terdapat di Malaysia apabila malam tadi 3 November 2015 satu pengumuman telah dibuat menyatakan bahawa rokok akan dinaikkan harga. Baru sahaja kita dikejutkan dengan berita-berita kenaikan harga tol dan harga tiket tren kini rokok pula. Jadi admin kongsikan kepada anda semua Senarai Harga Baru Rokok 2015 yang berkuatkuasa November 2015.

Berikut adalah Senarai Harga Baru Rokok 2015 mulai 4 November 2015. Menerusi pengumuman yang dibuat oleh Commercial Marketes and Distributer SDN BHD, semua jenama rokok seperti Dunhill, Ken, Lucky Strike, Pall Mall, Peter Stuvensen dan Bensen & Hedges naik mendadak kepada maksimum harga RM18.00 sekotak manakala paling minimum RM15.50 sekotak. Kenaikan ini menyaksikan harga rokok jenama Dunhill, Kent dari RM13.80 kepada RM17.00.

Senarai Harga Baru Rokok 2015
Senarai Harga Baru Rokok 2015

Manakala jenama Pall Mall dari RM12.30 naik kepada RM15.50. Manakala rokok jenama Shuang Xi naik dari RM15.00 kepada RM18.00 berkuatkuasa mulai khamis 4 November 2015. Kali terakhir kemaskini kenaikan harga rokok dibawah jenama Britih American Tobacco Malaysia adalah pada 29 Jun 2015.

Jadi mungkinkah kenaikan ini akan menyebabkan rokok gulung akan menjadi popukar semula. Mungkin juga perokok akan beralih kepada vape. Tetapi rata-rata perokok memang tidak berpuas hati kenaikan harga rokok ini.

Check Also

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berita ini sememangnya mengundang kemarahan terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *