Home » HIBURAN » Senarai Lagu Ke Pentas Akhir AJL 33

Senarai Lagu Ke Pentas Akhir AJL 33

Senarai Lagu Ke Pentas Akhir AJL 33. Tiga siri separuh akhir Muzik-Muzik 33 telah pun melabuhkan tirainya. Sebanyak 30 lagu bersaing di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM32) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, pada 9, 16 dan 23 November.

Senarai Lagu Ke Pentas Akhir AJL 33
Senarai Lagu Ke Pentas Akhir AJL 33

Setelah persaingan sengit selama tiga minggu dijalankan, 12 lagu mara ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-33 yang bakal berlangsung Februari depan.

Keputusan itu diumumkan pada pentas minggu terakhir Semi Final Muzik Muzik 33 (SFMM33) di Sri Pentas 2, Shah Alam, pada malam semifinal ke 3 23 November 2018 yang lepas.

Pemilihan lagu ke final dinilai sepenuhnya barisan juri profesional diketuai Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri, Lok U, Ajai, Helen Yap, Edrie Hashim, Azmeer dan Cat Farish.

Senarai lagu ke pentas akhir AJL ke-33

1. Semakin (Siti Sarah)

2. Bunga (Ara Johari)

3. Kau Pun Sama (Syamel)

4. Sampai Bila (Misha Omar)

5. Haram (Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah)

6. Luluh (Khai Bahar)

7. Bunga (Altimet)

8. Jatuh Bangun (Haqiem Rusli ft Aman Ra)

9. Tak Pernah Hilang (Amylea dan Kaer)

10. Hajat (Hael Husaini)

11. Di Matamu (Sufian Suhaimi)

12. Nisan Cinta (Siti Nordiana dan Jaclyn Victor)

Seperti biasa setelah keputusan 12 finalis diumumkan sudah pasti ada peminat-peminat artis bertanding tidak berpuas hati dengan keputusan ini. Tetapi walaupun keputusan telah dibuat dan kepada mereka yang gagal ke pentas akhir anda semua kena menerima keputusan dengan ini terbuka. Adat bertanding ada menang ada kalah.

Kepada mereka yang layak ke Pentas Akhir Anugerah Juara Lagu 33 tahniah diucapkan kepada anda semua. Pentas final AJL 33 akan diadakan pada 3 Februari 2019, Stadium Axiata Bukit Jalil, 9 Malam.

Check Also

Suhaimi Saad Cabar Angkasawan Negara

Suhaimi Saad Cabar Angkasawan Negara

Suhaimi Saad Cabar Angkasawan Negara untuk bersumpah bahawa bumi itu berbentuk sfera. Sebelum ini, kenyataan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *